Thursday, March 28, 2013

SIAPA DALANG MEMBERIKAN WANG DAN BANTUAN KEPADA PENGGANAS SULU?



Sangat mengejutkan dan seakan-akan tidak percaya bahawa dalang dalam memberikan wang dan bantuan kepada pengganas Sulu adalah orang Malaysia sendiri. Sungguh memilukan dan jahil kepada agama dan negara sendiri.

Penemuan demi penemuan diperoleh hasil daripada kecanggihan teknologi media sosial sekarang ini. Difahamkan, menurut pengganas yang ditangkap itu mereka mengatakan bahawa mereka diupah oleh individu dalam Pembangkang di Malaysia. Juga, petunjuk terbaru mendapati beberapa perjanjian telah dibuat.

Menurut portal MyMassa, mereka telah ditunjukkan beberapa sistem pesanan ringkas dalam bahasa Inggeris yang mana kandungannya melibatkan Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada SMS itu, dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu SMS daripada individu pembangkang di Malaysia dan SMS balas daripada pihak MNLF/ Militan Kiram.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia:

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram:

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaraan" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Sumber: MyMassa

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger