Saturday, March 16, 2013

SIKAP BARU BIAN SEOLAH-OLAH PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN LEMAH



Seperti kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang di Malaysia, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah menggunakan pendekatan U-Turn dalam ‘menyerang’ BN apabila mendakwa Kerajaan BN telah meniru manifesto Pakatan Pembangkang menerusi model “Negara Berkebajikan”.

Semua ini adalah penipu dan cuba untuk memutar belitkan cerita untuk mengelirukan rakyat bagi menutup kelemahan mereka

Ini semua disengajakan memandangkan ramai rakyat kini mula percaya bahawa Manifesto Pakatan Pembangkang tidak boleh dipercayai dan wajar ditolak kerana janji tidak ditepati.

Manifesto pilihan raya BN sejak sekian lama adalah satu manifestasi akujanji kesungguhan kerajaan BN untuk membangun negara secara realistik. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang hanya mahu menipu rakyat dengan mengemukakan Manifesto yang tidak masuk akal hingga mampu menyebabkan negara bankrup dan muflis.

Boleh dikatakan Pakatan Pembangkang kini hanya mahukan kuasa dan bukannya menjaga kebajikan biarpun terpaksa berlakon untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger