Sunday, March 10, 2013

TERBUKTI RAKYAT SUDAH TIDAK PERCAYA KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG



Konvensyen Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang yang diadakan Sabtu lepas telah mendapat sambutan yang hangat apabila hanya 300 hadirin yang hadir berbanding sasaran awal sebanya 3,000 orang biarpun dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya PAS negeri, Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri, Mansor Othman.

Lebih mengejutkan ramai pihak, jumlah 300 hadirin yang hadir itu semakin kurang apabila tiba giliran ucapan Anwar Ibrahim. Ramai yang keluar dewan hingga menyebabkan kerusi kosong lebih banyak menghiasi dewan konvensyen.

Anwar Ibrahim telah mengulas mengenai manifesto Pakatan Pembangkang yang telah dilancarkan baru-baru ini kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang kebanyakannya sudah lama meninggalkan dewan.

Disebabkan sambutan yang hangat, Anwar Ibrahim ‘terpaksa’ memendekkan ucapannya agar tidak hilang kemaluannya.  

Dalam sidang medianya, Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah memberikan alasan dewan kosong disebabkan jadual Pakatan Pembangkang yang disusun padat bermula malam Jumaat iaitu majlis ulangtahun Pakatan Pembangkang Ke-5 yang tamat agak lewat.

Jika itu jawapan Lim Guan Eng, lain pula jawapan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik yang mengatakan ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan Pakatan Pembangkang.

3 komen:

  1. Keadaan biasa dah nak bungkus la tu

    ReplyDelete
  2. salam,terima kasih diucapkan kepada Wira kenyalang dan sahabat blogger yg lain yg bersatu dan menentang pembangkang yang teramat sial.dlm kekalutan dan serangan yg negara kita hadapi sepatutnya pembangkang bersatu dgn kerajaan dan bg sokongan moral kepada pasukan keselamatan,ini tidak dlm masaalah yg begini besar mereka boleh lg mengambil kesempatan dan langsung menjatuhkan imej kerajaan dan pasukan keselamatn,mereka berasa ini lah peluang untuk mereka bertindak untuk sokongan rakyat,mereka tak sedar negara negara islam yg lain jatuh disebabkan politik dn pembangkang sampai ke hari ni masih kacau bilau,,rakyat dan negara sengsara,pembangkang sial ni mmg tak memikirkan rakyat mlah sanggup mepergunakan rakyat demi kepentingan mereka,saya memohon wira kenyalang bersama dgn blogger yg lain terus berjuang dan mendedahkan keburukan pembangkang sial ni agar rakyat sedar dan tidak terpesong dgn pembangkang sial yg amat gilakan kuasa,sediakan satu forum terus kedlm media elektronik n cetak ,jelaskan perkara sebenar,rakyat masih tercari kebenaran,berusaha lah wira kenyalang,semuga perjuangan andadan sahabat 2 anda medpt pertolongan dari Allah swt,saya mengetahui perkra yg benar,baik buruk kerajaan yg memerintah hr ni mereka tak mengunnakan rakyat demi kepentingan mereka,terima kasih Wira kenyalang dgn bakti anda.semuga Allah membalas segala jasa dan perjuangan anda.

    ReplyDelete
  3. biasa biasa aje tu. pok nik buat ceramahpun kena batal sebab yg datang dengar ceramah dh sampai tahap biasa biasa. adalah dalam 40 orang. seperti biasa, adalah sebab tu. rakyat dah kenyang makan 'duit' yg diberi umno. balik2 salah umno. nasib ko la umno, anwar tercirit dalam seluarpun seperti biasa salah umno...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger