Monday, March 11, 2013

TIAN CHUA ‘MANUSIA SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIAN’



Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengatakan pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara UMNO diibaratkan sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan  anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".

Lebih mengejutkan rakyat Malaysia, Tian Chua tidak mahu minta maaf dan menafikan bahawa beliau ada menyatakan maksud sedemikian biarpun portal Keadilan Daily sendiri yang menyiarkan kenyataannya.

Atas keceluparan mulut Tian Chua ramai laporan polis dibuat khususnya daripada bekas-bekas polis yang berang dengan kenyataan Tian Chua itu.

Sehingga kini, sebanyak lapan (8) kematian telah dicatatkan dengan dua di Lahad Datu dan enam lagi di Semporna Sabah akibat daripada pencerobohan atau lebih tepat lagi ‘pengganas’.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger