Wednesday, March 13, 2013

ZAHID HAMIDI PELAWA PENCACAI PAKATAN PEMBANGKANG SERTAI OPS DAULAT



Para pencacai Pakatan Pembangkang berpaksikan Tian Chua menganggap insiden pencerobohan yang mengakibatkan kematian pejuang-pejuang negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kini dipelawa Menteri Pertahanan, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terlibat terus secara langsung dalam OPS Daulat yang kini sedang giat dilaksanakan.

Mana-mana pihak yang berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam OPS Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata.

Jangan hanya ‘berani’ di alam maya menerusi blog, facebook dan twitter sahaja. Jika sebelum ini mereka biadap terhadap pejuang-pejuang PDRM dan ATM yang bertungkus lumus memegang senjata dalam mengawal keselamatan negara, kini mereka yang bermulut celupar dipelawa menyertainya.


Di alam maya, mereka bersenjatakan laptop mahupun tablet serta internet, tetapi dalam OPS Daulat mereka akan dibekalkan senjata. Pelawaan ini juga ditujukan kepada naib Presiden PKR, Tian Chua yang sebelum ini lantang mengutuk pencerobohan tentera Sulu dan kematian pejuang negara sebagai sandiwara UMNO.

Selain Tian Chua, pelawaan ini juga dikhususkan kepada Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dan beberapa pemimpin DAP dan PAS yang selama ini mendiamkan diri dalam insiden pencerobohan Sulu. Jangan hanya berani bercakap di depan rakyat menerusi pentas ceramah politik sebaliknya buktikan di medan pertempuran. Siapa berani dan siapa penakut sebenarnya?

Mereka ini juga berpeluang untuk berdiri di barisan hadapam untuk menghadapi penceroboh-penceroboh Sulu yang dahagakan darah rakyat Malaysia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger