Sunday, April 14, 2013

AHMAD NAZIB SENYUM LEBAR NURHANIM KECEWA GIGIT JARI



Kecewa. Itulah yang dapat dizahirkan Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen apabila namanya tidak dicalonkan dalam PRU-13 bagi mewakili PKR di Parlimen Petra Jaya sebaliknya nama Ahmad Nazib, Ketua AMK Sarawak merangkap calon yang telah kalah dalam PRN Sarawak Ke-10 di kawasan DUN Satok.

Niat Ahmad Nazib untuk menjadi ‘Yang Berhormat’ tidak pernah pudar dan semakin membara menjelang PRU-13 hingga sanggup mengenepikan Nurhanim Mokhsen yang sebelum ini menjadi calon favourite PKR.


Menurut sumber dalaman PKR, pemilihan Ahmad Nazib sebagai calon PKR di Parlimen Petra Jaya tidak mendapat sokongan beberapa pihak termasuklah Baharuddin Mokhsen dan beberapa ahli wanita PKR. Ini angkara Ahmad Nazib telah melobi menjadi calon semasa berada di Semenanjung berbanding Nurhanim Mokhsen yang hanya duduk di Sarawak sahaja.

Di manakah janji PKR untuk mengetengahkan calon wanita dalam PRU-13 seperti mana yang dilaungkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Ternyata Zuraida telah gagal mengotakan janjinya untuk mengangkat martabat wanita dalam PKR sendiri. Berbeza dengan BN yang mengotakan janjinya bahkan akan mengetengahkan seorang lagi calon wanita di Parlimen Kota Samarahan.

Berbeza dengan PAS yang telah mencalonkan 2 orang calon wanita masing-masing di Parlimen Mukah dan Parlimen Tanjong Manis biarpun peluang untuk menang tipis.

Seperti biasa, apabila sudah diumumkan sebagai calon baharulah Ahamd Nazib bergerak dan melawat kawasan Parlimen Petra Jaya bagi mendengar masalah rakyat. Pada hakikatnya, calon BN mahupun kepimpinan parti telah lama mendengar keluhan dan rintihan rakyat secara berterusan.

Kepada Ahmad Nazib selamat bertanding dan selamat menghadapi kekalahan juga kepada Nurhanim Mokhsen itulah permainan sepak teranjang politik PKR yang sememangnya tidak menepati janji. 

3 komen:

  1. biasa yea...dah mula main taik...my bujang senang-online

    ReplyDelete
  2. Kalah di Satok mencuba nasib di Petra Jaya.Ahmad Nazib mungkin juga akan tewas kali ini di tangan Ketua Pemuda PBB.Fadilah tetap yakin bwa pengundi di Petra Jaya akan memberi mandat sekali lagi kpd beliau.Pembangunan yg sedang rancak di Petra Jaya memerlukan usaha kesenambungan BN.Tidak dinafikan bwa pengundi di Petra Jaya ingin melihat lebih banyak pembangunan.Peluang2 perniagaan wajib diperbanyakkan,peluang kerja utk golongan muda,lepasan sekolah/IPT,perlu disediakan,rumah kos rendah n sederhana perlu dirancang segera.Pihak BN boleh lakukan.PKR tak berupaya nak buat semuanya.

    ReplyDelete
  3. Mohon ihsan calon BN membawa kpd pihak kerajaan negeri mempertimbangkan permintaan pengguna jlnraya supaya dipasang lampu trafik di bulatan simpang Samariang-Matang.Tiap2 kali di simpang tersebut bagai menempuh maut.Mujurlah ada pihak polis trafik/DBKU yg bertugas pd awal pagi dan sebelah petang.Kalau tak ada pengawalan polis di waktu "peak" sudah tentu kawasan tersebut boleh dianggap prone to accidents.To solve the problem : traffic lights.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger