Friday, April 5, 2013

AISHAH ‘JANJI MANISMU’ CALON PAS DI PARLIMEN JEMPOL



Bekas penyanyi lagu Janji Manis, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin telah diumumkan sebagai calon Parlimen Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Markas PAS, Taman Melewar dalam menghadapi BN pada PRU-13.

Aishah menjadi artis wanita pertama yang akan bertanding atas tiket PAS. Selain Aishah turut mengintai peluang untuk menjadi tidak lain dan tidak bukan Ostazah Mee Segera, Abby Abadi.

Jika dibanding kedua-dua selebriti di atas, Aishah dan Abby Abadi mempunyai kekuatan tersendiri khususnya dari segi populariti. Bagaimanapun akibat kelantangan dan ketaksuban Abby Abadi menghentam BN dan Islam menyebabkan ramai rakyat Malaysia meluat melihat Ostazah Mee Segera PAS itu di luar mahupun di dalam alam maya.

Pengumuman Aishah sebagai calon di Parlimen Jempol itu telah mengundang 1001 persoalan dan kebencian ahli PAS terhadap kepimpinan parti. Ini kerana masih ramai calon yang berwibawa boleh dipilih untuk mewakili PAS, tetapi kenapa memilih artis? Apakah sumbangan artis seperti Aishah itu dalam masyarakat sebelum menyertai parti politik?


Pastinya pemilihan Aishah itu juga mengundang rasa tidak puas hati Abby Abadi kerana beliau merupakan artis yang lebih vokal dan lebih berjaya dalam mengutarakan pandangan dalam Islam dengan menyokong PAS.

Justeru, sesiapa yang ingin menjadi calon PAS selepas ini hendaklah menjadi artis terlebih dahulu sebelum dibolehkan menjadi calon Pilihan Raya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger