Wednesday, April 24, 2013

CERAMAH PKR ‘NAFAS BERBAU PETRA JAYA’ TIADA DAPAT SAMBUTAN



Biarpun sudah diberi ruang dan peluang berkempen politik sempena PRU-13 namun kehadiran penduduk ke Ceramah PKR ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ di Lorong C3, Taman Sukma Ria, Petra Jaya tiada mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pengikut rombongan PKR dalam setiap ceramah mereka.

Jumlah kehadiran penduduk itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Taman Sukma yang dianggarkan berjumlah lebih 3,000 orang. Melihat kepada angka yang hadir ternyata Ceramah Nafas Berbau Petra Jaya anjuran PKR Cabang Petra Jaya gagal memikat pengundi di DUN Samariang itu.
 
Seperti biasa penceramah yang ditampilkan PKR Cabang Petra Jaya semuanya muka-muka penipu dan tidak bersyukur seperti Arip Ameran, Lt Kolonel (B) Abang Hamdan Abang Hadari, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Haji Baharudin Datuk Mokhsen dan calon Ahmad Nazib Johari.

Calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya ini merupakan calon ‘kitar semula’ yang tewas pada PRN Sarawak ke-10 di DUN Satok.

Begitupun, ramai di kalangan ahli-ahli PKR yang hadir di ceramah itu mempersoalkan kenapa rombongan PKR tidak membawa calon wanita untuk bercakap soal Agenda Wanita yang diperjuangkan PKR? Bagi mereka calon yang sesuai menyampaikan kandungan ceramah itu pastinya Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen.

Menurut sumber, Nurhanim kecewa dengan PKR Sarawak kerana mungkir janji disebabkan memilih Nazib Ahmad Johari sebagai calon PKR di Petra Jaya. akibatnya Nurhanim memboikot kempen PKR khususnya di Petra Jaya. Selayaknya Nurhanim yang layak bercakap soal dasar atau agenda wanita dan bukannya Ahmad Nazib.

Manakala, isu yang dibangkitkan Ahmad Nazib dan rakan-rakannya dalam ceramah Nafas Berbau Petra Jaya lebih bersifat nasional dan telahpun dijayakan Kerajaan BN. Ramai berpendapat isu yang dibawa PKR itu sudah basi dan ketinggalan zaman.

Satu persoalan yang perlu dijawab Ahmad Nazib dan Arip Ameran, apakah mereka berdua ini sudah membayar hutang PTPTN semasa mereka belajar di Universiti Malaya pada tahun pertengahan 1990-an. Atau dengan tawaran mansuhkan PTPTN maka hutang mereka semasa belajar dahulu hapus dengan sendirinya.

Manakala, Lt. Kolonel (B) Abang Hamdan bin Abang Hadari yang menerima pencen yang besar selepas berkhidmat dalam bidang ketenteraan tidak pernah memikirkan nasib rakyat di bawahnya sebaliknya hanya pandai kutuk Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan BN. Jika tidak kerana kerajaan yang ada pada hari ini, nescaya Lt Kolonel (B) tidak akan menerima pencen yang besar dan terlibat dalam tentera.

Cadangan wujudkan tabung rakyat dengan tabungan RM60.00 sebulan hanyalah gimik politik. Ingat seperti kata Khalid Ibrahim, manifesto bukan janji. Apakah rakyat Sarawak tidak melihat bagaimana kepimpinan Kerajaan Selangor Pakatan Pembangkang yang disaman Ibu-Ibu Tunggal Selangor kerana mungkir janji memberikan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal.

Penurunan harga minyak jika Pakatan Pembangkang perintah Malaysia hanyalah janji atas angin kerana mana mungkin Anwar Ibrahim mahu turunkan harga minyak. Harus diingat harga minyak Malaysia tertakluk kepada pasaran dunia dan bukannya ikut suka Anwar Ibrahim saja.

Orang Sarawak jangan terperangkap dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang pada dasarnya tidak akan menunaikannya seperti mana yang terjadi kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah.

6 komen:

  1. tiada penonton & penyokong sb nafas si penceramah berbau busuk mcm ikan terubok jeruk...wakakakakaka

    ReplyDelete
  2. Aik? kan dulu semalam ada lebih 4 ribu? Ceramah yang ini tak ada surat WAJIB hadir ker kepada penduduk tempatan?

    Aku Yang Bingai:
    PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang

    ReplyDelete
  3. surat wajib dok dan nak taip boh...

    ReplyDelete
  4. "Esok (6 Mei)harga minyak akan diturunkan.."janji Anuar.Pakatan akan menjaja janji ini di setiap ceramahnya.Bolehkah dibuat?Jawapannya boleh. Tetapi..

    Jika Anuar jadi PM maka terlaksanalah janji pertama itu.Di antara banyak janji2 manis gula Pakatan,janji turun harga minyak adalah termudah sekali dilakukan.Ada lojik.Petronas adalah milik kerajaan.Tetapi..

    Tetapi Anuar tidak berjanji - diulang tidak berjanji - 1. berapa banyak harga yg diturunkan.RM1 seliter?50 sen seliter? 2.berapa lama atau tempoh penurunan harga.Seminggu saja,sebulan saja,sepanjang tahun 2013,atau tiada had.

    Ingat Anuar hanya berjanji "turun harga". 10 sen pun turun jua,5 sen pun turun jua.

    Ingat Anuar kata "esok" akan turun harga.Esok saja? sampai bila? Anuar boleh bahas dia tak janji berapa lama harga minyak akan bertahan spt 'ditunaikan'.Sehari pun harga minyak turun maka tertunailah janji Anuar.Kita menyampah pun tak guna.Ingat Anuar adalah jenis kaki politik yg bijak dgn kata2nya,pandai "spin" fskta/hujah.Org Yahudi pun jatuh ke tangan Anuar inikan pula kita.Dengar saja ceramah Anuar.Fakta yg tertulis/dilapor dlm media massa Anuar boleh spin.Anuar boleh kata laporan tersalah tafsir.Itu Anuar.Tanya:Kenapa dia dijel 6 tahun?Salah guna kuasa (rasuah kuasa- menggunakan polis menangkap UmiHamilda n Azizan).
    terima kasih..sudi mbaca.

    ReplyDelete
  5. bagilah banyak sikit gambar dari jauh ka...

    ReplyDelete
  6. Ada kesilapan. Taman Sukma. Bukan Taman Sukma Ria.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger