Saturday, April 13, 2013

CIKGU PA (MUSTAPHA ALI) KESAL KENYATAAN MALAYSIAKINI DALAM ISU VIDEO SEKSNYA



Difahamkan dalang penyebaran video seks Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa telah ditahan polis dan dipercayai anggota Angkatan Muda Keadilan. Bagaimanapun perkara ini masih bermain dalam media sosial khususnya di facebook dan kesahihannya sedang dikenal pasti.

Setelah sehari video seks Mustapha Ali didedahkan dan berlegar di alam maya, akhirnya empunya badan telah mengeluarkan kenyataan dan mengaku bahawa beliau berada dalam video itu. Juga mengatakan wanita dalam video itu ialah isteri keduanya! Betul ke?

Bagaimanapun, apabila ditanya apakah ahli keluarga atau isteri pertama ‘tahu’ akan kewujudan isteri kedua itu, Cikgu Pa terdiam seketika dan mengatakan itu terlalu peribadi.

Pendedahan video seksnya itu dikatakan telah menyebabkan emosi isteri keduanya itu tidak menentu. Cikgu Pa kesal dengan permainan kotor ini dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang dalaman Pakatan Pembangkang. Ini kerana selama ini ada di kalangan orang dalam yang tidak berapa senang dengan keputusan yang dibuat Cikgu Pa.

Dalam kes ini, Cikgu Pa kesal dengan pengarang portal Malaysiakini yang hanya banyak menulis artikel mengenai PKR dan DAP, tetapi tidak PAS. Malah tegas Cikgu Pa, artikel-artikel yang ditulis pengarang Malaysiakini dalam kes video seksnya seolah-olah cuba mencarik-carik maruah dirinya sebagai seorang pemimpin Islam terulung negara.


Cikgu Pa sudahpun mengakui pelakon dalam video seks terbaru itu adalah dirinya bersama isteri ‘kedua’ biarpun belum ada kesahihannya. Tetapi, sehingga kini video Anwar Ibrahim bersama seorang ‘jantan’ masih belum diakui oleh empunya badan.

4 komen:

  1. Masalahnya sekarang ini bukan pasal sapa yang rakam tapi sapa yang buat benda terkutuk ni(berzina). Yang sedihnya orang yang kata dirinya memperjuang Islam dan lebih lagi siap mengata dan memburukkan orang dari parti lain yang tak Islamik katanya. Orang macam ni ke yang kita nak jadikan pemimpin.....seorang pemimpin yang berselindung disebalik agama yang suci tapi sebenarnya syaitan. Inilah dia kerana sanggup berkawan dengan syaitan.

    ReplyDelete
  2. kenyataan mana dia mengaku ?? akhbar mana.. ?? tak sudah2 taktik keji BN UmnO nak PRU !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii benggong,kalupun dia tak mgaku tp lam video mmg dia,diaa,diaaa.. hissshh.. payah betul puak taksub nih!

      Delete
  3. Dah jelas macam tu pun masih nak main isu mengaku tak mengaku. Gambar tu kualit HD dan sangat jelas. Sikit-sikit BN/Umno, dah tak ada modal lain ke? Pemimpin sendiri yang tak ada moral pun masih nak salahkan orang lain. Patut berterimakasih pada orang yg membongkar isu ini supaya penyokong yang berkehendakkan Malaysia lebih islamik dari sekarang tidak tertipu. Kalau dia tak mengaku, senang saja buatlah pengakuan bersumpah. Isu sekarang bukan nak aibkan orang, tapi sebelum nak mengangkat seseorang jadi pemimpin, kita wajib pastikan ianya dari kalangan orang yang mempunyai akhlak yang mulia sekurang-kurangnya secara zahiriah.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger