Tuesday, April 2, 2013

DITUJUKAN KHAS KEPADA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM


Apakah punca dan sebabnya, selama 40 tahun, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan bekas sahabat karibnya Anwar Ibrahim? Juga, apakah yang mendorong Dr Sidek Baba ‘bercerai’ talak tiga buat Anwar Ibrahim khususnya berkaitan moral.

Jika sebelum ini para penyokong pembangkang mengatakan bahawa isu moral liwat dan video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim itu hanya rekaan blogger proBN bagaimanakah pula pandangan bekas-bekas teman rapat Anwar Ibrahim yang sebelum ini sangat rapat sebelum datangnya Nik Aziz dan Karpal Singh mahupun Rafizi Ramli sendiri.

Menurut bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad, beliau percaya keputusan Sidek meninggalkan Anwar Ibrahim yang sudah dikenalinya hampir 40 tahun disokong oleh fakta kerana tiga tahun beliau 'berkelana' mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral.

Bercakap mengenai keperibadian Dr. Sidek Baba, beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk, tegas Dr Yusri.

"Kami berbincang mengenai kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan juga masalah qazaf. Kes Mohd. Saiful berbeza dengan kes 1998 kerana ketika itu tuduhan liwat dibuat pihak ketiga tetapi dalam kes ini mangsa sendiri yang membuat laporan polis terhadap Anwar.

Yusri mengulas mengenai pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Ketua Pembangkang itu selepas menemu bual seramai 28 saksi hidup.

Mengenai qazaf kata Yusri, sesuai dengan latar pendidikannya dalam syariah, beliau menjelaskan kepada Sidek bahawa dalam kes tersebut, qazaf tidak sesuai sebaliknya perlu melihat bukti secara keseluruhan sesuai dengan zaman sekarang.

Beliau menambah, rakyat Malaysia perlu membuka mata mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Sidek, bekas pengasas ABIM, Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.

Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.

"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.

"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara.


1 komen:

  1. hanya macai2 je yg tergila2 dgn manusia yg mempunyai seribu wajah.. dah banyak kali kebenaran ditunjukan tapi bila dah taksub, kebenaran ditolak mentah2... kasiannn

    sedangkan sahabat2 karip mahkluk pelik ini puluhan tahun yg hidup bersama2 dgnnya pun sudah semakin ramai yg tinggalkan dia, bila tahu perangai/sikap sebenar mahkluk berbagai wajah ini...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger