Monday, April 22, 2013

EDWARD LUWAK DIPECAT AKIBAT SABOTAJ PARTI



Tiada kompromi dan dipecat serta merta apabila calon DAP, Edward Andrew Luwak bertindak menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga daripada SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Pemecatan itu berkuatkuasa serta merta kerana ia adalah kesalahan paling serius dalam parti iaitu bertanding menentang ahli parti sendiri dan BN pada PRU-13 ini.

Mengikut sejarah Edward mula menyertai SUPP semasa masih bertugas dengan Shell Malaysia di Miri pada 1994 dengan nombor keahlian Puj-A-0693, tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan kepada parti itu.

Dalam rekod SUPP, dari dahulu hingga hari ini Edward tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli kepada SUPP sama ada di bahagian Pujut atau negeri.

Selagi Edward tidak meletak jawatan, bermakna beliau adalah ahli parti dan sebagai ahli parti, bertanding menentang calon parti dan BN pada pilihan raya ini adalah kesalahan paling serius. Justeru, tiada cara lain kecuali memecat Edward daripada parti serta merta.

Mengikut sejarah penyertaan Edward dalam SUPP, sebelum berpindah tugas ke Kuching beliau pernah bertugas di Miri dan menjadi ahli biasa parti itu tanpa sebarang jawatan.

Walaupun beliau mungkin tidak aktif sepanjang bersama parti, namun pada kempen pilihan raya ketika saya bertanding, beliau ada terlibat sama dan memberikan sumbangan. Namun, pada PRU-13 ini Edward mula berpaling tadah dan menyertai DAP dan bertanding di Parlimen Serian. Malah, SUPP sendiri tidak tahu bilakah Edward menyertai DAP.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Edward menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding mewakili DAP menentang calon BN yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) SUPP Datuk Richard Riot Jaem.

Tindakan Edward itu seolah-olah calon DAP di Parlimen Serian itu tidak mempunyai prinsip dan membelakangkan parti. Orang seperti ini diwajar diangkat sebagai pemimpin politik kerana bersikap talam dua muka dan bersifat jahat.

Rakyat sebaliknya harus menilai sikap dan sifat calon itu bagi memastikan pemimpin yang dipilih itu tidak membelakangkan kepercayaan rakyat seperti mana yang dilakukannya ke atas perjuangan parti.

Tiada cara lain yang boleh dilakukan rakyat dan pengundi di Parlimen Serian kecuali menolak calon DAP dan memilih calon BN-SUPP. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger