Thursday, April 18, 2013

KECEWA ANGKARA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON BUKAN BUDAYA BN



Kecewa. Itulah yang boleh digambarkan ke atas situasi politik semasa di Parlimen Sarotok apabila penyandangnya Jelaing Mersat yang juga Naib Presiden Kanan SPDP Sarawak bertindak keluar parti. Bersamanya seramai 320 ahli SPDP juga bertindak keluar parti yang merupakan sebahagian daripada penyokongnya.

Tindakan Jelaing dan beberapa penyokongnya itu bukan budaya BN secara langsung dianggap sebagai berpaling tadah. Mana tidaknya, selama ini Jelaing diangkat sebagai calon BN di Parlimen Saratok atas keputusan BN dan SPDP, tetapi apabila tidak terpilih berpaling tadah pula kepada BN.

Pengumuman calon Parlimen Saratok yang juga merupakan Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom dilihat jalan penyelesaian ke atas kemelut yang berlaku di Parlimen Saratok.

Jika Jelaing dan penyokongnya menganggap bahawa pencalonan Presiden SPDP di Saratok tidak berpandukan akar umbi (rakyat) dan ahli parti, namun secara majoritinya rakyat Saratok menyambut pencalonan Presiden SPDP sebagai calon bagi menentang ADUN Krian, Ali Biju.

Seperti yang dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyandang yang tidak terpilih sebagai calon BN dalam PRU-13 ini jangan sabotaj parti. Itu bukan budaya BN kerana bukan peribadi calon yang diutamakan sebaliknya semangat parti.

Jelaing dan penyokongnya telah mengadakan Mesyuarat Tergempar SPDP Parlimen Saratok di Dewan Rumah Dayak Saratok bagi membincangkan masa depan politiknya dengan membuat keputusan untuk keluar SPDP.

Menurut Jelaing, beliau tidak menolak untuk bertanding sebagai calon Bebas sekiranya mendapat sokongan peringkat akar umbi. Sekali lagi Jelaing menggunakan penyokongnya untuk menentang BN dalam mencapai hasrat untuk menjadi Ahli Parlimen.

2 komen:

  1. Mawan rakus kuasa mengenepikan jelaing kerana khuatir akan mengagugugat kedudukan beliau sebagai presiden.mawan juga termakan penipuan taib yang mahu politik dayak berbalah sesama sendiri disamping tidak menganggu gugat kekuatan politik islam dalam pbb.yang akan menjadi calaon ketua menteri selepas taib ialah pastinya kelompok melayu islam.jabu tidak dinaikan kerana presiden prs dan spdp orang iban.jika tidak ada pergolakan dalam sekutu barisan sarawak dan politik taib akan tergugat.Jelaing tidak sedar kenapa beliau diletakkan bertanding dalam kerusi parlimen dan bukanya dun.ini keran mawan dengan taib nak kick out jelaing ke kabinet.di kabinet jelaing bertugas di kl, fokus kereja lebih kepada hal federal.mawan mengambil kekurangan jelaing turun padang kerana tugas di kl sebagai alasan tidak mencalonkan beliau bertanding di saratok disamping alasan menentang ali biju.calon berpotensi pkr.atas tipu muslihat ini jelaing wajar marah,wajar memberontak kerana penyingkiran beliau sesuatu yang dirancang.jika kecewa tidak dicalon harus diterima bukan budaya bn apakah tipu muslihat itu budaya politik bn?

    ReplyDelete
  2. Sungguh sayang sekali.. jelaing mersat seorang yg sangat bpengalaman dlm politik.saya sygkn spdp dan walaupun bpaling tadah bukan budaya kta tp itu bukan alasan pihak atasan mgambil kputusan mudah mnukar calon yg masih ada sokongan majorti akar umbi.. bjuanglh demi rakyat dan parti bukan untuk monopoli kuasa sendiri.dan seperkara lagi,bn sarawak sekarang pun dh mcm taib punya parti.mana2 tempat pun orang bn letih mjawab plbagai psoalan mbabitkn hal dia dari serangan pbangkang.majority masyarakt bumiputra terutama iban/bidayuhpun sudah mula bpaling tadah.. ini harus diambil phatian,bukan kta tak mahukn dia sbagai cm tapi ada baiknya dia bfikir sedikit untuk kbaikn bn sarawak.. dengarlh suara akar umbi jika tidak mahu diaibkn.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger