Saturday, April 6, 2013

KENAPA BAHARU SEKARANG PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR BERI BONUS RM300?



Kenapa sekarang dan tidak pada awal tahun Kerajaan Selangor memberikan ‘bonus’ sebanyak RM300 kepada kakitangan awam di Selangor? Apakah ini ‘umpan’ atau ‘gula-gula’ politik untuk diterjemahkan undi sewaktu hari penamaan undi dalam erti kata lain?

Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM300 kepada kakitangan awam sebagai tanda penghargaan. Pembayaran akan dibuat dalam bentuk simpanan yang dikreditkan ke akaun Simpanan Tabung Haji (Islam) dan Bank Simpanan Nasional (bukan Islam) dalam tempoh dua minggu

Dalam pada itu, Khalid Ibrahim juga menafikan itu sebagai rasuah.

Seolah-olah tahu bahawa pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor akan berakhir dan akan digantikan kepada BN, Khalid Ibrahim mengatakan pemberian bonus itu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah membantu dalam urusan pentadbiran negeri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger