Wednesday, April 3, 2013

KINI TIBA MASANYA BLOGGER BN SARAWAK BERTEMPUR DI MEDAN PERANG



Terima kasih kepada pengumpul blog yang telah mengemaskini kedudukan terkini blog-blog di Sarawak dalam usaha mempertahankan BN sebagai deposit tetap di Malaysia.

Pesanan kepada Cybertrooper BN inilah masanya membuktikan kesetiaan kepada parti iaitu BN dan jangan jadikan medan ini sebagai menjatuhkan pemimpin BN sesama sendiri.

Jika di Semenanjung, para pembangkang khususnya blogger boleh diangkat menjadi calon (calon mee segera), tetapi di Sarawak biarlah pucuk pimpinan yang menentukan calon yang bersesuaian dan berwibawa serta disenangi rakyat.

Jangan jadikan alam maya sebagai medan cybertrooper menyerang dan memburukkan pemimpin sesama diri demi mengejar kepentingan politik.

Sebenarnya Pakatan Pembangkang tidak kuat dan kebanyakan isu yang dilontarkan tidak menepati kehendaka rakyat seperti mana program tranformasi yang dilham dan dilaksanakan BN. Sebaliknya kelemahan BN Sarawak hanyalah disebabkan sikap sesetengah YB mahupun wakil rakyat serta ahli-ahli parti yang selama ini menyimpan impian politik dengan menidakkan kehendak rakyat.

1 komen:

  1. mantap tuan... saya suka ayat ni "Sebaliknya kelemahan BN Sarawak hanyalah disebabkan sikap sesetengah YB mahupun wakil rakyat serta ahli-ahli parti yang selama ini menyimpan impian politik dengan menidakkan kehendak rakyat."

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger