Sunday, April 14, 2013

NIZAR JAMALUDDIN KEMPUNAN DAPAT DUIT LEBIH APBILA KALAH KEPADA TV3



Jika sebelum ini pemimpin Pakatan Pembangkang bermegah kerana berjaya memenangi beberapa kes berhubung saman ke atas TV3 yang menjadi duri dalam daging mereka. Tetapi, kali ini pemimpin Pakatan Pembangkang yang juga bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin kalah dalam saman sebanyak RM50 juta dalam kes saman fitnah berhubung isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datik Yeoh Wee Siam telah menolak tuntutan (Mohamad Nizar) dalam saman ke atas TV3 dan Buletin Utama, Rohani Ngah yang berjaya membuktikan pembelaan mereka berdasarkan kewajaran dan ulasan saksama dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Dalam penghakiman, mahkamah bersetuju bahawa hujahan pihak defendan bahawa Tweet pihak plaintif (Mohammad Nizar) jika dibaca dan difahami oleh sesiapa pun yang berfikiran waras, jelas menyindir Sultan Johor telah menggunakan dana awam untuk bidaan plat WWW 1.


Menurutnya, laporan pihak defendan bahawa Mohammad Nizar bermaksud menuduh Sultan Johor menggunakan dana awam, merupakan komen atau pendapat oleh pihak defendan, bukannya fakta, begitu juga dengan ungkapan bahawa kenyataan plaintif itu telah menyebabkan orang awam berasa tersinggung.

Demikian antara inti pati penghakiman bertulis setebal 30 muka surat Hakim Wee Siam yang diserahkan kepada pihak plaintif dan defendan tanpa dibacakan di mahkamah terbuka.

Semasa prosiding, hakim tersebut hanya menyatakan:

''Tuntutan pihak plaintif dalam writ saman dan pernyataan tuntutan ditolak dan kos ditanggung oleh masing-masing.''

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 10 Julai tahun lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak itu menyatakan, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya pada 28 Mei 2012.

Dakwanya, TV3 kemudian telah menyiarkan laporan berunsur fitnah berhubung Tweet beliau itu dalam siaran berita Buletin Utama pada pukul 8 malam, 30 Mei 2012.

Selain TV3, Mohammad Nizar turut memfailkan saman fitnah secara berasingan terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung isu yang sama.

1 komen:

  1. Kesian kalah.Kisah lucu abad 21 ialah "kabinet n ADUN Pakatan" bermesyuarat DUN di bawah pokok.Episod paling sedih pilu.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger