Thursday, April 11, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG BERTUNGKUS LUMUS BN SARAWAK PULA MASIH SELESA



Mungkin suasana politik di Sarawak berbeza dengan Semenanjung, tetapi hakikatnya politik Sarawak merupakan penentu utama kepada kemenangan BN. Begitu pun, kenapa BN Sarawak khususnya parti politik yang akan bertanding dalam PRU-13 masih tidak berusaha untuk menangkis diayah Pakatan Pembangkang.

Biarpun kempen politik hanya akan bermula selepas penamaan calon, iaitu 20 April namun hakikatnya kempen ini sudah pun bermula sejak beberapa tahun lalu. Dalam tempoh ini, Pakatan Pembangkang menggunakan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dalam memenangi hati rakyat, tetapi BN pula hanya sekadar melihat. Ini kah caranya untuk BN menang dalam PRU-13?

PRU-13 kali ini bukan calang-calang pilihan raya malah boleh dianggap sebagai ibu segala pilihan raya. Mana tidaknya, Pakatan Pembangkang cuba sedaya upaya untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya menuju ke Putrajaya. Malah, dalam setiap aktiviti/ program Pakatan Pembangkang dilihat berada di depan dari segi kreativiti dan inovasi. Berbeza dengan BN yang hanya mengharapkan kreativiti tradisional sahaja.

Dalam media sosial sahaja, Pakatan Pembangkang dilihat sudah ke hadapan berbanding BN. Apa tidaknya, apa yang difikirkan Pakatan Pembangkang sebelum ini tidak pernah difikirkan BN hingga menyebabkan penggunaan media sosial BN jauh ketinggalan. Misalnya, Pakatan Pembangkang telah melancarkan aplikasi Android yang digunakan untuk smartphone tetapi BN masih lagi menggunakan aspek media sosial yang lama.

Tidak ketinggalan dari segi ceramah politik apabila BN Sarawak hanya sekadar melihat ceramah Pakatan Pembangkang yang berlangsung di kawasan mereka tanpa sebarang serangan balas. Ini mungkin disebabkan rasa selesa yang amat sangat.

Apa pun bunyi gendang PRU-13 sudah pun dipalu menandakan bermulanya perang ‘dingin’ untuk menarik sokongan pengundi. Jika mahu menang berusahalah lebih keras dan jika mahu kalah peluklah tubuh dan tidur sahaja di rumah...

7 komen:

  1. Biarkan pembangkang habis peluru.Sebelum penamaan calon BN beri peluang dulu kpd pbangkang.BN kena intip dulu.Apa kesan Manifesto BN ke atas pbangkang.Mereka dah rasa bahang panasnya.Ceramah2 mereka kucar-kacir.BN masih memegang peluru akhir.15 hari berkempen di kwsn2 pendalaman pbangkang akan kehabisan modal.Biasalah pbangkang hangat2 taik ayam.Seminggu sebelum mengundi lihat saja nanti.Awal2 lagi pbangkang akan gulung tikar.hehe.

    ReplyDelete
  2. Rakan Bloggers Anak Swak perlu ikut Wira Kenyalang yg cepat dgn updates.

    ReplyDelete
  3. Berita hangat.Video tak senonon SAgong PAS Mustapha Ali dimuat di hampir semua blog proBN.Betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,diapun dilaporkan meletakkan jawatan dah.. dia mengaku tapi anwar cakap itu fitnah umno pulak.pelik kan??org punya badan mgaku tapi al juburi cakap ini fitnah umno.. sapa fitnah sapa skarang? Hehe.. respect juga ngan mustapa ali,mgaku kerqna salah.jgn ikut perangai aljuburi hehehe..

      Delete
  4. Betul tu,biar pakatan habis peluru.kita bakal serang mereka habis habisan lepas ni.walaupun bn tidak nampak agresif tapi kta tahu pgerakan pbangkang,sekarang ni pun pakatan mereka tak menentu terutama tentang skandal seks yg berlaku dikalangan pemimpin tertinggi mereka.yang nyata cuma dap tetap merbahaya buat bn dan perlu ditangani sedaya upaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju.Perlu kita ingat bwa DAP parti chauvinis cuba membawa politik kebencian.Ceramah DAP di bandar Sibu contohnya sarat dgn mesej kebencian terhadap kerajaan BN.DAP amat benci dgn pemerintah yg menyatupadu rakyat berbilangan kaum di Malaysia.Tetapi DAP chauvinis masih pekat dgn perkauman yg tidak baik utk keharmonian kita semua.Kalau setakat menuduh kerajaan mengamalkan kroni,rasuah dan salah guna kuasa biasalah pd musim pilihanraya.DAP pulau Pinang lebih teruk.Angka RM billion utk terowong bawah air salah cetak.Keputusan CC DAP ditukar sebab silap komputer.Pembelit spt DAP tak layak bercakap tentang integriti dan transparent.Berhati2 dgn mainan kotor mereka.

      Delete
  5. kepala hotak mak bapak korang berjambul...terang terang pembohongan bn di sarawak masih juga nak cakap pasal DAP ini dan itu... oi bangang kah orang sarawak? balak korang sapa ambik? tanah ncr orang bumiputera sapa ambik? bodoh sangat ker rakyat Sarawak? aku rasa lah...pendapat aku...sangat sangat sangat teramat bodoh rakyat sarawak terutamanya mereka mereka yang komen pasal DAP ini lah...itu lah...SUPP ada tunjuk muka ka selama 4 tahun lebih ini? wong soon koh tu baik lah sangat?? orang orang melayu sibu...apa cer? kampung melayu nak tenggelam dalam air sudah pun masih nak biarkan magna focus tu gali pasir korang? bodoh sungguh melayu bn...pakai lah otak...jangan jadi macam lembu... wong soon koh tu melayu ka? koh su khoon melayu jugak...ish pelik betul nama melayu tu. pasal kontrak korang nak komen apa dah? kontrak mega di sarawak sapa yang dapat? sapa yang monopoli? jawapan ada pada anda..tidak payah lah saya nyatakan lagi kebodohohan korang ni yer....nak crita pasal projek terowong bawah tanah pulak...projek bakun mega korang apasal? bukan kata dapat bekal elektrik satu malaysia aku dengar dulu kan? sapa yang cakap dulu...ehhh taib yang cakap dulu...aku ingat lagi...dah ada bakun apasal pulak nak tenggelam kan Baram dan Bengoh pulak? apa cer? korang dalam bn ni memang...part membodohkan diri sendiri...aku memang salute...tabik spring dengan korang

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger