Friday, April 19, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG DI SARAWAK TIDAK SEPAKAT LAWAN SESAMA SENDIRI



Hasrat mahu menyaksikan BN melawan Pakatan Pembangkang tidak kesampaian apabila menyaksikan Pakatan Pembangkang melawan sesama sendiri. Di Parlimen Miri misalnya, menyaksikan pertembungan rakan sepasukan dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP dan PKR akan bertemu dan saling menentang satu sama lain.

Pengumuman rasmi DAP yang mencalonkan Ketua Wanita Senadin Lim Su Kien, bertindih dengan keputusan PKR yang akan meletakkan Ketua PKR Miri Dr Michael Teo sebagai calonnya di kerusi yang sama, menentang calon BN-SUPP Datuk Sebastian Ting.

Ini menyaksikan pertembungan kerusi Parlimen Miri yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu mungkin tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pengesahan mengenai pencalonan Lim telah diumumkan oleh ejen pilihan raya DAP Miri Hong Ching Loo dalam sidang media yang turut dihadiri pengurus kempen Chua Boon Leng di Bilik Gerakan Pilihan Raya DAP Miri di Krokop.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger