Friday, April 12, 2013

PARLIMEN MAMBONG, STAMPIN DAN JULAU MASIH JADI REBUTAN PKR, PAS DAN DAP?



Hasrat penyokong dan ahli-ahli PKR untuk mengetahui calon penuh yang akan bertanding atas tiket PKR dalam PRU-13 akan datang ini tidak kesampaian apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hanya ‘dapat’ mengumumkan 11 calon PKR sahaja berbanding 16 kerusi yang dijangka ditandingi PKR.

Dalam pengumuman 11 kerusi PKR itu, hanya 6 kerusi ‘baru’ yang disebut manakala 5 kerusi sebelumnya telahpun diumumkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menerusi akaun facebooknya.

Anwar Ibrahim mengumumkan 11 calon yang akan mewakili PKR dalam PRU-13 iaitu, En Zulrusdi bin Hol di Parlimen Santubong, En Ahmad Nazib Johari di Parlimen Petra Jaya, En Abang Zulkifli Abang Engkeh di Parlimen Batang Lupar, En Nicholas Bawin Anggat di Parlimen Lubok Antu, Cik Cecilia Siti Una di Parlimen Betong, En Ali Biju di Parlimen Saratok, En Roland Engan di Parlimen Baram, En Thomas Laja di Parlimen Kanowit, En Joshua Jabeng  di Parlimen Selangau, En Abun Sui Anyit di Parlimen Hulu Rajang dan YB Baru Bian di Parlimen Limbang.

Ternyata dalam pengumuman itu ada berlaku sedikit kemusyikilan berhubung 3 kerusi yang menjadi rebutan antara PKR dan DAP, dan PKR dan PAS. Sehingga kini kerusi Parlimen Mas Gading dan Stampin menjadi pertindihan antara PKR dan DAP manakala Parlimen Kota Samarahan antara PKR dan PAS.

Lebih memeranjatkan pemerhati politik di Sarawak, Anwar Ibrahim tidak mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Miri yang mana menjadi rebutan hangat antara PKR dan DAP. Difahamkan kerusi ini akan diberikan kepada DAP yang dilihat berpeluang cerah untuk menang berbanding PKR.

Begitupun, ada di kalangan ahli-ahli PKR tidak berpuas hati dalam pengumuman calon PKR oleh Anwar Ibrahim kerana tidak mengikut suara rakyat. Misalnya, penyokong PKR mahu Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Mokhsen bertanding di Parlimen Petra Jaya yang sebelum ini pernah dijanjikan semasa PRN Sarawak 2011.

Pemilihan Ahmad Nazib dilihat tidak bijak meskipun pernah bertanding di DUN Satok dan kalah kepada penyandang Tan Sri Datuk Amar Abang Johari. Malah, suara-suara ahli parti mahu calon wanita PKR diletakkan di Parlimen Petra Jaya atas faktor pengundi wanita ramai di Petra Jaya. Malah ada suara-suara sumbang mengatakan Ahmad Nazib terpaksa ‘menghadap’ Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRU-13 di Parlimen Petra Jaya.

Perasaan tidak puas hati ahli-ahli PKR di Parlimen Petra Jaya mungkin akan diterjemahkan dalam bentuk undi dengan mengundi calon BN. Menurut pandangan ahli-ahli PKR, calon PKR di Parlimen Petra Jaya itu dijangka akan tersungkur sekali lagi dalam PRU-13 akibat daripada perasaan tidak puas hati ahli-ahli PKR khususnya penyokong kuat Nurhanim.

Apa pun pengumuman Anwar Ibrahim mengenai calon PKR Sarawak hari ini tidak memeranjatkan pemerhati politik sebaliknya memeranjatkan ahli-ahli PKR yang mahu calon pilihan mereka bertanding dalam PRU-13 bagi menghadapi BN. 

3 komen:

  1. Setakat ini 3 bakal calon akan berentap di parlimen Hulu Rejang--PRS/BN Wilson Ugak Kumbong,SWP Lagong n terkini PKR/Pakatan Abun Sui.
    Dijangka pd hari penamaan calon,selain 3 calon tersebut,berita angin ada meramalkan 1-2 calon lagi.Pernah satu election DUN terdpt 5-6 calon berentap.Memang meriah.
    Dari pemerhatian,bakal calon PRS/BN lebih berpotensi memenangi kerusi tersebut.Bukan saja Wilson Ugak calon muda ,bekas Setiausaha Politik KM itu,dah 5 kali dilantik PRS sbg Pengurus Pilihanraya BN Hulu Rejang,memang dah lama mula berkempen sejak 2012.Tambahan pula faktor kepempipinan Ugak menyerlah - low profile,mudah dibawa bicara,approachable,tidak sombong - di Hulu Rejang.Berasal dr Balleh n isterinya berasal dr Belaga.Mendapat kepercayaan partinya meneruskan tradisi membela rakyat.
    Abun,seorg loyar,belum sempat menelajah seluruh Hulu Rejang,apatah lagi nak berjumpa pengundi yg berselerak seluas negeri Pahang.
    Lagong,ADUN Pelagus,pernah dikalahkan oleh Billy Abit pd pilihan raya yg lepas.Anak kelahiran Balleh.Pak turut Dtk Sng spt lembu dicucuk hidung Lagong pernah bercadang melawan DS James Jemut di DUN Balleh tetapi takut,pd hari penamaan calon,berpindah ke DUN Pelagus.Maka hampalah penyokong beliau.Kali ni agak sukar bagi Lagong utk mdpt undi org Balleh.
    Apapun BN boleh menang di Hulu rejang.Dtk Alexander Linggi pasti berjaya di Parlimen Kapit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang sekaki..
      Dgr cerita Dtk Alexander Linggi akan ditentang calon DAP di Kapit.Patutlah DSAI tak menyenaraikan calon PKR di parlimen tersebut.DAP akan mempertaruhkan seorg muka baru.Disebut2 Ramli Melaka dari Song akan mengadu nasib melawan incumbent Dtk Alex.
      2.Parlimen Kapit (mengandungi daerah Kapit n daerah Song hampir seluas negeri Melaka)mempunyai 2 DUN (DUN Pelagus,ADUN YB George Lagong dr SWP,DUN Katibas(daerah Song)ADUN YB Dtk Ambrose Belikau dr PBB).
      3.Majoriti pengundi di kedua2 daerah tersebut terdiri drp kaum Iban.Di pekan2 terdpt org Cina,Melayu,org Ulu n lain2.
      4.Dtk Alexander,lebih mesra dipanggil Dtk Alex,sejak dipilih wakil rakyat di parlimen Kapit telah membawa banyak pembangunan.Terkini ialah komitmen PM DS Najib meluluskan pembinaan jalan raya dr Kapit melalui Song,Kanowit ke Sibu.Projek mega ini sudah pasti akan membuka luas perkembangan ekonomi rakyat di parlimen Kapit.Hasil tanaman n ternakan mudah/murah di pasarkan ke Sibu,sampai ke Kuching.
      5.Kedudukan Dtk Alex tidak akan terjejas oleh DAP.DAP mungkin dpt menawan hati sebilangan kecil pengundi di pekan Kapit n pekan Song saja.Lagipun calon DAP tak dikenali.Polisi DAP utk kwsan hulu/pedalaman tidak menyakinkan.Manalah relevennya bercakap Malaysian Malaysia (dasar DAP) berbanding 1Malaysia (tagline BN).Org tak akan menerima kehadiran parti chauvinis spt DAP di Kapit.Org Kapit mengutamakan keharmonian n kesejahteraan rakyat,pembangunan yg berterusan,n kehidupan yg selesa.BN boleh membawa kemajuan kpd rakyat.
      6.terima kasih.

      Delete
  2. Sah laporan blogger Dari Sematan ke Lawas (DSKL) perihal DSAI ditangkap agent asing tak benar.tajuk berita/caption yg menampikan tanda tanya/? memperlihatkan cerita rekaan dan selalunya penulis sendiri belum pasti berita betul atau tidak.Jika nak blog ada integretinya n kebolehpercayaan rajinlah menyiasat mcari bahan cerita.jgn hentam keromo.Org dah tak percaya.Respect your readers.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger