Thursday, April 18, 2013

PARLIMEN STAMPIN DAN MIRI JANJIKAN PERTANDINGAN 3 PENJURU


Calon PKR di Parlimen Stampin, Voon Shiak Ni dan Dr Michael Teo di Parlimen Miri dikhabarkan telah mendapat surat pentauliahan dari PKR Pusat untuk bertanding di kedua-dua kawasan Parlimen itu biarpun menyedari akan berhadapan dengan rakan dalam Pakatan Pembangkang, DAP.

Selain mendapat surat pentauliahan, kedua-dua calon PKR itu juga dikatakan telah membeli borang pencalonan Parlimen bagi proses penamaan calon PRU-13 yang akan diadakan pada Sabtu, 20 April 2013.

Menurut sumber dalaman PKR, kedua-dua calon PKR itu sepatutnya diberikan ‘hak’ untuk bertanding dalam PRU-13 di Parlimen Stampin dan Miri atas alasan mereka sudah lama ‘berjuang’ membela rakyat di kawasan tersebut.

Tindakan DAP itu sebenarnya bertujuan untuk mencantas PKR yang selayaknya bertanding di kedua-dua kerusi itu. Mana tidaknya, selepas PRN Sarawak, kedua-dua calon PKR itu telah turun padang untuk bertemu rakyat berbanding calon DAP yang hanya mula menampakkan diri sebaik sahaja pembubaran Parlimen.

Sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim dan dominan dalam Pakatan Pembangkang, PKR sewajarnya diberikan kerusi itu bagi menebus kembali kekalahan teruk yang pernah dihadapi mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas.

Berbanding DAP yang menang besar dalam PRN Sarawak, sebagai sebuah Pakatan, DAP sewajarnya memberikan peluang dan ruang kepada PKR untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Jika ini berlaku, baharulah dikatakan sebagai sebuah Pakatan. 

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger