Thursday, April 25, 2013

PAS SARAWAK LAKSANA HUDUD SELEPAS PRU-13 DAP BERKERAS TOLAK HUDUD



Demi kesejahteraan umat Islam, PAS Sarawak menegaskan jika Pakatan Pembangkang berjaya menuju ke Putrajaya, PAS akan melaksanakan hukum hudud biarpun ditentang keras DAP.

PAS Sarawak menyokong penuh kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dalam melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 kali ini.

“Hukum hudud adalah perintah Allah dan wajib bagi orang Islam untuk mengikutinya atau tergelincir akidah jika tidak mempercayainya”, tegas Adam Ahid, Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Dalam melaksanakan hukum hudud, PAS pelu mendapat kuasa terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakannya. Soal DAP menentang keras, itu perlu dilihat dalam konteks majoriti dalam Pakatan Pembangkang.

Di sebalik sokongan Adam Ahid terhadap PAS Pusat, Setiausaha Agung DAP Sarawak, Chog Chieng Jen dalam akhbar The Star menggesa PAS Sarawak menarik balik kenyataan itu kerana ia bertentangan keras dengan komitmen Pakatan Pembangkang untuk menang PRU-13.

DAP Sarawak menentang keras pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan sebagai menganiayai manusia. Keputusan PAS itu wajar ditentang walau dengan apa cara sekalipun.

Menurut Chong Chieng Jen, kenyataan terbaru PAS Pusat itu telah melanggar persetujuan dalam Pakatan Pembangkang yang bersetuju menggantikan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan. Negara berkebajikan tertakluk dalam manifesto dan bukannya negara Islam. DAP Sarawak sangat menentang keras terhadap penubuhan negara Islam.

Jelas Adam Ahid lagi, Chong Chieng Jen dan DAP Sarawak tidak faham mengenai agenda negara Islam. Mereka sebaliknya menganggap apabila tubuh negara Islam, mereka ini tidak dibolehkan untuk makan babi dan minum arak.

Tanggapan sebegitu tidak wajar kerana ia hanya pandangan yang telah diputarbelitkan BN untuk mengelirukan masyarakat Cina.

2 komen:

  1. Dah tau pun DAP memang dari awal lagi tidak setuju dgn hukum hudud PAS masih juga bersekongkol dgn DAP untuk menjatuhkan parti Melayu UMNO.PAS n UMNO adalah parti2 Melayu.DAP tak ingin melihat Melayu bersatu.

    Adam Ahid tak mahu faham.Tak cukupkah Islam yg diperjuangkan UMNO?

    ReplyDelete
  2. Tanya Adam Ahid dapat pahalakah shalat Melayu Sarawak? yg tak sokong PAS.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger