Wednesday, April 17, 2013

PENYOKONG PAS MAHU MUSTAFA ALI SUMPAH ATAS NAMA ALLAH



Setelah hampir seminggu berlaku, suspek utama video seks terbaru ala Anwar Ibrahim, Mustafa Ali yang juga Setiausaha Agung PAS masih belum mahu membuat kenyataan akhbar mahupun media Pakatan Pembangkang. Malah, portal Pakatan Pembangkang, Malaysiakini dan Keadilan Daily terus menerus mendesak agar Setiausaha Agung PAS itu melakukan sesuatu bagi membersihkan nama Pakatan Pembangkang dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Keaiban perlakuan Mustafa Ali itu dijangka akan mempengaruhi rakyat untuk mengundi PAS yang selama ini membawa ‘kesucian’ Islam dalam politik. Jika pemimpin Pakatan Pembangkang sebelum ini sangat mempertahankan Anwar Ibrahim dalam video bersama Chinadoll, tetapi kali ini video Mustafa Ali sudah memakan diri.


Justeru, pemimpin dan ahli-ahli PAS mahu Mustafa Ali melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah PAS.

Jika tidak, kes ini sama seperti kes video yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sehingga kini tidak mahu melakukan sumpah mengikut Islam sebaliknya hanya menafikan tuduhan itu.

Andai Mustafa Ali tidak mahu melakukan sumpah mengikut cara Islam, cara terbaik ialah beliau perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama PAS terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

Tidak dinafikan video itu telah menyentuh hati ulama PAS kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada PAS.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi.

1 komen:

  1. walaupun sumpah, muka, bentuk badan, dan gerak geri sejibik macam stopa ali. . . kecuali membawa orang yang mirip stopa sumpah itu adalah sumpah bohong. . demi politik dan pangkat orang boleh sumpah.. . hanya jika mencari dan menghadapkan orang mirip stopa kita boleh percaya ini adalah fitnah. . . saya hendak keluar parti PAS selepas tonton video ini.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger