Saturday, April 6, 2013

PKR MIRI KEMPEN GUNA 4WD BIARPUN TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN DAP DI PARLIMEN MIRI



Jika DAP guna lori untuk berkempen, PKR akan gunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori tiga tan sebagai pentas bergerak dalam kempennya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua PKR Miri Dr Teo Yu Kheng memberitahu, kaedah berkenaan adalah untuk menemui pengundi di segenap kawasan di Miri dalam masa yang terhad.

Dr Teo sebelum ini yakin bahawa Parlimen Miri akan ditandingi dirinya sebagai calon PKR biarpun masih terdapat pertindihan kerusi dengan DAP. Semua jentera PKR Miri telah bersedia dan telah membahagikan tugas masing-masing.

Selain PKR, DAP juga berminat dengan kerusi Parlimen Miri hingga menyebabkan kedua-dua parti Pakatan Pembangkang itu bertikam lidah. Inilah ‘Pakatan’ yang cuba dibawa PKR dan DAP di Sarawak.

Selain kempen bergerak, pihaknya juga sedang sibuk menyediakan sepanduk, poster selain melatih dan merekrut 513 ejen. Juga, semua kemeja-T telah siap dicetak minggu lepas dan sedia untuk diberi serta dipakai oleh penyokong ketika waktu kempen nanti. Cakera padat (CD) juga akan disebarkan untuk strategi kempen bagi memenangi hati rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger