Friday, April 26, 2013

PROTES RAKYAT TERHADAP PKR AKIBATNYA CERAMAH PKR DI TAMAN MALIHAH TIADA SAMBUTAN



Sasaran seramai 5,000 penduduk Taman Malihah dijangka akan hadir ke Ceramah ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ tetapi yang hadir kurang 100 orang atau kurang 5 peratus yang hadir. Ini sangat mengecewakan hingga menyebabkan calon PKR Parlimen Petra Jaya marah dan bimbang mengenai sokongan yang akan diterimanya dalam PRU-13.

Ceramah yang bermula jam 8.30 malam itu hanya dihadiri daripada kalangan mereka merupakan ahli dan penyokong PKR yang dibawa sendiri oleh jentera pilihan raya PKR Petra Jaya.

Seperti biasa dalam ceramah-ceramah calon PKR Parlimen Petra Jaya sebelum ini membuka bicara dengan memuji rakyat di Petra Jaya dan Satok telah matang dan lebih tahu menilai mana permata dan mana kaca terutama dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat.

Ahmad Nazib menabur banyak isu yang gagal diselesaikan di Petra Jaya oleh penyandang dan kerajaan sedia ada tetapi rakyat khasnya masyarakat Melayu masih buta dan tidak tahu menilai isu perkauman yang dibawa oleh BN.

Seperti biasa apa yang diungkapkan calon PKR jangan dijadikan sandaran khususnya bila bercakap dalam soal manifesto. Ini kerana manifesto Pakatan Pembangkang bukan janji.

Nazib turut berjanji jika beliau berjaya menawan Parlimen Petra Jaya ini, perkara pertama yang akan beliau laksanakan ialah membina jejambat di bulatan yang menuju ke Matang, Petra Jaya, Jalan Astana dan Satok.

Dengan penuh yakin Ahmad Nazib memberitahu bahawa 145 daripada 222 kerusi Parlimen kini dalam genggaman Pakatan Pembangkang dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dua pertiga kerusi.

Dalam pada itu antara kandungan manifesto PR yang ditekankan pada ceramah itu malam kelmarin ialah menurunkan harga kereta serta cukai kenderaan sebanyak 20 peratus setiap tahun dalam tempoh lima tahun.

Turut hadir memberikan sokongan kepada calon PKR Petra Jaya itu malam kelmarin ialah calon DAP Stampin Julian Tan yang akan mencabar calon BN Stampin Datuk Yong Khoon Seng.

2 komen:

  1. Kamek dari KL akan pulang sekeluarga UNDI BN !

    ReplyDelete
  2. "orang Melayu masih buta dan tidak tahu menilai isu perkauman yg dibawa BN."..dakwaan begini under estimate a Malay intelligence.Kalau benarlah Ahmad Nazib mengeluarkan kenyataan begitu amat malang bagi pengundi2 Melayu di Petra Jaya.

    Sayang seribu kali sayang org yg pandai spt sdr Nazib secara tidak langsung menidakkan perjuangan datuk nenek moyang kita menentang koloni British (1946)dulu.Pekerja2 Melayu di jabatan2 kerajaan koloni masa tu sanggup meletak jawatan beramai2 demi masa depan Melayu,serik dijajah dek org putih.Perjuang spt Rosli Dhobi sanggup dipenjara/dihukum bunuh demi Melayu.Tidakkah semua itu menjaga maruah kaum?Mereka tidak "perkauman" n extreme racists,kerana mereka tidak menafikan hak kaum2 lain di Sarawak.

    BN yg menggabungkan 16 (?)parti politik berkongsi kuasa.UMNO mengetuai gabungan BN sebab realitinya UMNO mewakili kaum terbesar iaitu Melayu (hampir 60%).MCA,MIC,lain2 pula mewakili kaum/etnik tertentu.Tetapi mereka berkongsi kuasa.UMNO tidak pernah meminggirkan kaum2 lain.BN berpaksikan kesejahteraan,keharmonian n kemajuan Negara,utk semua kaum.Salahkah itu? Perkaumankah itu?

    Kaum bumiputera Sarawak melalui PBB,gabungan parti berteraskan kaum,Berjasa (Melayu/Melanau)dgn Pesaka (Iban/Dayak)tidak menidakkan hak2 kaum Cina.SUPP diterima sbgai rakan kongsi dlm BN.Kemudiannya PRS n SPDP juga bergabung dgn BN.BN berkongsi kuasa.Sekecil kaum ,spt kaum Bidayuh,Lun Bawang,semua mendapat tempat dlm kabinet Sarawak.Tidakkah Sdr Nazib nampak semua ini?

    ...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger