Monday, April 1, 2013

PRU-13 MASA TERBAIK SINGKIRKAN PEMIMPIN VETERAN PEMBANGKANG



Ramai pemimpin BN telah mengundur diri selepas PRU 2008 sebagai menunaikan janji kepada rakyat bagi memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin muda dalam menerajui negara. Hasilnya kini kebanyakan pemimpin negara terdiri daripada pemimpin muda yang mempunyai inspirasi tinggi dalam memajukan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas menegaskan PRU-13 adalah masa terbaik rakyat ‘mengajar’ pemimpin veteran pembangkang yang liat untuk turun takhta.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tun Mahathir juga membuka cerita bagaimana sikap Anwar Ibrahim sebenar sejak dibawa masuk UMNO oleh beliau sendiri. Sangat mengejutkan kerana sejak awal lagi Anwar tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak Pakatan Pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan.

Oleh itu, PRU-13 kali ini pastikan pemimpin veteran Pakatan Pembangkang ‘pencen’ daripada politik dan sekali gus memastikan BN terus diberi mandat untuk memajukan negara dalam mencapai negara maju 2020.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger