Thursday, April 4, 2013

SAH ANWAR IBRAHIM PENGECUT LARI KE PERAK SEBAB TAHU AKAN KALAH DI PARLIMEN PERMATANG PAUH



Seakan-akan tahu bahawa peluang untuk menang PRU-13 di Parlimen Permatang Pauh agak tipis atau kalah, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan akan ‘lari’ ke Perak untuk bertanding di salah satu kerusi di Perak.

Kenyataan ini dibuat selepas Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April, jam 11.34 pagi.

Seperti mana yang diumumkan Pakatan Pembangkang mengenai calon-calon mereka yang akan bertanding dalam PRU-13, nama Ketua Umum PKR masih lagi rahsia.

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di kawasan majoriti Cina kerana percaya masyarakat Cina masih bersamanya biarpun beliau terpalit dengan dakwaan skandal liwat dan video seks.

Keputusan melarikan diri daripada Parlimen Permatang Pauh adalah keputusan yang bijak memandangkan kini majoriti pengundi Melayu sudah mula balik kepada BN. Ini sangat mendukacitakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh berikutan satu pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008 yang menyaksikan beliau memperoleh majoriti 15,671 undi. Ia diadakan berikutan keputusan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan kerusi Parlimen itu.

Anwar juga turut mengakui masih banyak kerusi DUN dan Parlimen yang bertindih antara anggota pakatan pembangkang. 

3 komen:

  1. AnuWar ni pengecut tapi dia ada telor.. memang dia ada telor.. ramai yg dah tengok dan nampak telornya tu dlm video.. kekekekekeke!!!

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi ramai penyokjong akan keluyar beramai-ramai siap dengan kompang dan bunga manggar masuk UMNO/BN sebagai menyambut kedatangan Anuar di Perak.

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi ramai penyokong PKR akan keluar beramai-ramai siap dengan kompang dan bungga manggar masuk UMNO/BN bagi menyambut kedatangan Anuar di Perak.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger