Thursday, April 4, 2013

SWP ANCAMAN TERBESAR PKR DAN DAP DI KAWASAN PRS



Parti politik tempatan Sarawak iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang akan bertanding dalam PRU-13 di Sarawak menjadi ancaman kepada PKR dan DAP yang akan bertanding di kawasan yang akan ditandingi PRS komponen BN Sarawak.

Sebelum ini, Presiden SWP, Larry Sng mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di semua (6) kerusi yang akan ditandingi PRS dalam PRU-13 ini. Antara kerusi itu ialah Parlimen Selangau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu, Hulu Rajang dan Julau.

Terdahulu, Larry telah mengumumkan 3 calon SWP, iaitu Larry Sng bertanding di Lubok Antu, Timbalan Presiden SWP George Lagong di Hulu Rajang dan Naib Presiden SWP Wong Judat di Julau.

Pengumuman itu sebenarnya telah ‘menakutkan’ Pakatan Pembangkang terutama PKR yang dikatakan akan meletakkan 4 atau 5 calon PKR juga DAP. Yang pasti, di 6 kawasan itu akan berlakunya pertandingan 3 penjuru atau lebih.

Dijangkakan akan berlakunya pertandingan sengit yang membabitkan 6 kerusi itu buat BN sekiranya PRS ‘gagal’ meletakkan calon ‘pilihan rakyat’. Untuk memastikan BN lebih berasa ‘selamat’, BN-PRS sepatutnya mengamalkan calon rakyat dan bukannya mendengar keluhan individu yang dikatakan berminat dalam politik untuk kepentingan politik mereka.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger