Wednesday, May 15, 2013

AGENDA ANWAR SETERUSNYA JADIKAN MALAYSIA SEPERTI “ARAB SPRING”



Seperti dijangka Pakatan Pembangkang akan terus menjadi pembangkang sampai bila-bila selepas sekali lagi kalah dalam PRU-13. Seperti dijangka juga, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak akan berundur diri daripada arena politik kerana cita-citanya menjadi Perdana Menteri tidak terlaksana.

Maka, atas sebab itu Anwar Ibrahim kini dalam perancangan untuk mengadakan demontrasi seperti mana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah dengan menggulingkan kerajaan yang sedia ada atau lebih tepat lagi “Arab Spring”.

Siri pembohongan Anwar sebelum ini membuktikan dirinya itu sebagai ‘bapa pembohong’. Lihat saja bagaimana kejadian 16 September 2008 yang diuar-uarkan seluruh dunia tidak menjadi kenyataan biarpun segera dinafikan beberapa pemimpin BN yang dikaitkan nama untuk melompat parti.

Kini, taktik mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar dijadikan modal untuk menggulingkan kerajaan.

Anwar dalam program Borak Anwar yang diadakan pada 17 Ogos 2012 pernah menyatakan akan bersara sekiranya Pakatan Pembangkang kalah dalam PRU-13 dengan memilih menjadi pensyarah di universiti di Amerika Syarikat.  

Seperti biasa Anwar akan terus memainkan keadibiliti SPR yang dikatakan tidak telus biarpun dirinya menang dalam pemilihan di Parlimen Permatang Pauh. Sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya oleh Anwar yang mana calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. Mengapa kawasan yang dimenangi mereka langsung tidak dipersoalkan?

Sekiranya tidak telus keputusan itu, mengapa pakatan pembangkang masih mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Kelantan dan Selangor serta Ketua Menteri di Pulau Pinang?

6 komen:

  1. Buatlah apa yang kau suka Nuar..Malaysia ni kan bapak kau yang punya lagi pun polis2 kat Malaysia mana ada telur semuanya bacul Najib pun asyik tunggu dan lihat ada KDN pun tak guna semuanya hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Molek benar kenyataan tuan hamba, ambo setuju sangat, singapore sebagai contoh walaupun kerajaan depa sokong orang cina malaysia tukar kerajaan tapi tetap ambil tindakan bila lakukan kesalahan dinegara mereka,tiada amaran tau.

      Delete
  2. tolooooonnnngggglllahhh!!!!!ambil tindakan perbuatan biadap kat ketua pengkhianat dan konco2 utamanya yang jumlahnya bole dibilang dengan jari!!! simpan saje lahanat2 ni..jangan kerana kumpulan yang sangat kecil ni boleh menghuruharakan lebih 27 juta rakyat yang lain yang cintakan keamanan..booossaaannnn gile!!! dengan amaran sahaja tak menjadi!!! so lupuskan saje spesis bangsat ni...tak sudah2 menyakitkan hati!!

    ReplyDelete
  3. TERLALU BANYAK AMARAN DIKELUARKAN ...BOSANNNNNN ....

    ReplyDelete
  4. Sayang sekali ISA telah dimansuhkan.Tangkapan tanpa bicara hanya ada pd ISA.Nah..kini kita amat memerlukannya.Mereka yg mendesak ISA dihapuskan dulu kenalah jawab.

    ReplyDelete
  5. pakatan yang nak sangat ISA,dimansuhkan,so datu najib yang penakut pun mansuhkan ISA,kalaulah DSDRMR,masih berkuasa aman malaysia ni,satu lagi pengguat kuasan trafik iaitu AES ,pun pakatan tak nak,ada di negeri yg di kuasai mererka,kerana mereka pakatan bukan saja langar undang undang berkaitan keselamatan negara,keselamatan di jalanan pun mereka langgar,sooo renung renungkan lah wahai pencacai PR,

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger