Tuesday, May 21, 2013

AIR ASIA ‘LEPAS TANGAN’ DAN WAJAR DIKUTUK


Selepas insiden CEO Air Asia X mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia berhubung isu ‘rasis’, kini timbul pula kenyataan CEO Air Asia, Tony Fernandes yang sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia marah. Bukan isu politik, tetapi isu melibatkan kebajikan penumpang.

Hanya keuntungan. Itu saja yang boleh dilabelkan ke atas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dalam kes yang melibatkan seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan.

Maryam Sofea dikatakan tidak sihat dan terkena demam campak di Lapangan Terbang Ho Chi Minh sehingga tidak dibenarkan dan dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke Malaysia.

Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.

Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat.

Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.

"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil AirAsia.

Tragedi malang yang menimpa Maryam Suhaila menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.

Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka.

Apakah benar Air Asia hanya mementingkan keuntungan berbanding kebajikan penumpang???

2 komen:

  1. tony menuduh sdr berbohong
    kredibility sdr terjejas
    saman sama dia

    ReplyDelete
  2. Mana dia rafidah aziz..? Isu ceo dan kebajikan penumpang harua dijelaskan...jgn fikir untong saja

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger