Wednesday, May 15, 2013

ANWAR DIDESAK JANGAN CABAR KEPUTUSAN AGONG



Tindakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengadakan siri bantahan ekoran kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana jelas mencabar perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jika mahu disifatkan sebagai pemimpin anak jantan, Anwar sepatutnya menerima kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 dengan hati terbuka atas dasar demokrasi dan kuasa di tangan rakyat.

Malah, Anwar juga perlu mengakui kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-13 itu sebagai kuasa rakyat. Jika calon-calon BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh menerima kekalahan beberapa calon BN khususnya daripada komponen MCA, SUPP dan MIC, kenapa tidak Anwar dan Pakatan Pembangkang menerimanya juga.

Sebelum ini Najib telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong yang menerima perlantikan sebagai Perdana Menteri selepas BN menang majoriti mudah dalam PRU-13.

Bagi bekas rakan karib Anwar, selama lebih 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, bantahan Anwar itu bertentangan dengan fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyaksikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

Adakah Anwar tidak bersetuju dengan baginda yang memperkenankan pelantikan Najib?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga telah menasihatkan Anwar supaya menerima kekalahan sebagai ketentuan takdir.

Cukuplah Anwar, jangan sengaja mencabar Agong, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi di negara ini dengan menghasut rakyat turun ke jalanan semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan itu.

Sekarang ini cerita politik sudah berakhir dan kini memfokuskan kepada bagaimana mahu memajukan negara dan menjadikan agenda transformasi negara menjadi realiti menjelang tahun 2020. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger