Thursday, May 2, 2013

LAGI AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI SERTAI BN



Budaya keluar PKR tiada kesudahan dengan tarikh pembuangan undi hanya tinggal 2 sahaja lagi. Semalam, 34 ahli PKR Cabang Kampung Sejingkat, Jalan Bako telah hilang keyakinan terhadap PKR dan mengisytiharkan keluar parti dan sertai BN.

Bekas Ketua Cabang PKR Kampung Sejingkat, Wan Razali Tuanku Hamid menjelaskan mereka kecewa dengan kepimpinan PKR kerana mendakwa tidak yakin dengan perjuangan PKR bersama Pakatan Pembangkang dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sarawak.

Borang keahlian PBB telahpun diserahkan kepada Menteri Muda Perumahan, Haji Abdul Karim Hamzah sambil disaksikan ADUN Demak Laut, YB Dr Hadzland bin Abang Hipni.

Tindakan keluar parti beramai-ramai memaksa PKR Cabang Kampung Sejingkat secara automatik terbubar dengan sendirinya selepas hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Mereka berjanji akan membantu BN terus berkuasa di Parlimen Santubong dan Sarawak serta Malaysia. 

1 komen:

  1. alhamdulillah. PKR semakin tidak diyakini.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger