Monday, May 27, 2013

LAGI LAKONAN AHLI PKR KALI INI PENGSAN DIBUAT-BUAT DI BALAI POLIS DANG WANGI


Seorang ahli PKR, S. Jayathas, 50-an yang merupakan ahli Biro Politik PKR telah hadir ke IPD Dang Wangi bagi membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini. Lakonannya kali ini berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

Sebelum memulakan aksi lakonan pengsan, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu.

Dia dalam keadaan terbaring terlentang sambil tangan kirinya memegang kepingan dokumen 'pengsan' untuk beberapa saat.

Bagaimanapun, ahli PKR itu kembali 'tersedar' apabila polis ingin menghubungi ambulans dan bangun sambil menuduh anggota polis menolaknya.

Jayathas yang datang bersama ahli keluarga tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran dan sekumpulan kira-kira 30 orang memenuhi pekarangan IPD untuk membuat laporan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika keluarga N. Dharmendran sedang membuat laporan, Jayathas dilihat keluar masuk balai beberapa kali tanpa tujuan.

"Memandangkan ruang di kaunter dalam balai sudah dipenuhi ramai orang, dia kemudian diminta meninggalkan kawasan itu oleh anggota polis namun dia tetap berkeras untuk masuk.

"Walaupun sudah dihalang oleh anggota bertugas, dia tetap berdegil dan bertindak menolak polis sebelum berpura-pura jatuh dan pengsan.

"Apabila polis menawarkan untuk menghubungi ambulans, dia terus bangun dan sempat memaki polis.


Lakonan Jayathas tidak membuatkannya terlepas daripada hukuman apabila akan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakut-nakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas.

3 komen:

  1. Adakah menteri hindraf akan berkelakuan sama bila nak tuntut pembelaan dari PM ?

    ReplyDelete
  2. Macam-macam sekarang nie...yang takda bakat berlakon pun ada hati nak berlakon...buang masa ja.

    ReplyDelete
  3. pembohonganyg melampau atau lakonan begini sepatunya disebarkan secara meluas, biar raykat menilainya betapa mangkok nya barua2 ini.
    Oh ya, BN tak ada Red Bean Army nak sebarkan...kah..kah..kah.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger