Tuesday, May 28, 2013

LANGGAR UNDANG-UNDANG TAPI TIDAK MENGAKU SALAH


Seperti yang dijanjikan 6 pemimpin Pakatan Pembangkang di 5 buah negeri telah dihadapkan ke Mahkamah kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keenam-enam mereka gagal dalam memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program. Susah sangatkah nak memaklumkan kepada polis tetapi kecoh hebohkan dalam media sosial.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mei lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya atas tuduhan serupa berhubung perhimpunan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Di Ipoh, dua pemimpin pembangkang di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan dua perhimpunan di bandar raya ini pada 9 dan 12 Mei lalu.

Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, 47, daripada DAP dan Setiausaha PKR negeri, Mohammad Anuar Zakaria, 46.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Keong Siong yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Wisma Chin Woo.

Mohammad Anuar pula didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa sama, 12 Mei lalu di perkarangan Ibu Pejabat PKR Perak, dekat Medan Istana, Bandar Ipoh Raya.


Seperti biasa Pakatan Pembangkang yang mempunyai pemimpin yang terdiri daripada peguam telah membariskan 13 orang peguam kesemuanya dalam membela tertuduh.

Di Butterworth, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran di Stadium Negeri Batu Kawan pada malam 11 Mei lalu.

Eu Leong yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke stadium berkenaan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Eu Leong, 44, yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu.


Seperti dirancang kesemua pemimpin PKR yang kena dakwa itu diarah untuk mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Ini disebabkan ramai peguam Pakatan Pembangkang yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan secara percuma biarpun menyedari mereka sukar untuk memenangi kes ini yang secara jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Di Seremban, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Seremban dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan pada pertengahan bulan ini.

Mohd. Nazree, 29, sebagai penganjur program Ceramah Umum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di tapak tempat letak kenderaan di sebelah Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini pada pukul 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Mohd. Nazree selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad

Akram Gharib manakala Mohd. Nazree diwakili peguam Tang Jayson, Cha Kee Chin, dan Hanif Hasan.


Di Johor Bahru, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, R. Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa menganjurkan perhimpunan pada 15 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan bahawa Yuneswaran tidak perlu diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.


Di Kuantan, Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan perhimpunan di Jalan Beserah pada 14 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 14 Mei lalu di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah di sini.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Kamarzaman diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 27 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala Kamarzaman diwakili peguam, Mohd. Nizam Hamid.


Justeru, kali ini polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan menangkap mereka yang melanggar undang-undang. Mungkin sebelum ini mereka menganggap undang-undang negara terletak di bawah kaki mereka dengan adanya Anwar Ibrahim.


Dengan transformasi pencegahan jenayah maka usaha kerajaan untuk mendisiplinkan rakyat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan setiap warganegaranya harus mematuhi demi memastikan hidup sejahtera dan aman.

5 komen:

  1. Hukuman denda berkaitan tuduhan ini adalah amat tidak sesuai. Saya mencadangkan dilucutkan kerakyatannya.....

    ReplyDelete
  2. PENJENAYAH MILINEUM!d.org buat x salah or lepas.kalau rakyat2 yg biasa yg xa ada terlibt dlm politik sure siap begari!

    ReplyDelete
  3. Kita yakin mahkamah akan menghakimi mereka dgn seadilnya.Jika disabit kesalahan wajib dikenakan hukuman yg maksima.Penjenayah2 yg memperkotakkatikan undang2 keselamatan wajib dihukum setimpal dgn kesalahan.

    Apa yg kita bimbang ialah kadang2 perundangan dimanipulasi peguam2 yg memihak kpd pesalah2.

    ReplyDelete
  4. UNDANG UNDANG TAK KENAL SIAPA LAIN KALI NAK BERHIMPUN KE MELINGKUPKE KENA MINTA PERMIT DULU JANGAN TUNJUK BESAR KEPALA INI MALAYSIA TANAH MELAYU AKU CABAR MEREKA BUAT DEMO DI NEGARA CINA AKU INGAT MEREKA NI SEMUA DI HUKUM TEMBAK OLIH KERAJAAN CINA UNDANG UNDANG MALAYSIA DAH CUKUP BAIK BAGI MENGAWAL ORG MACAM NI KALAU TAK ADAUNDANG UNDANG APA JADI PADA NEGARA NI JANGAN AJAR POLIS MEREKA TAHU APA YG MEREKA BUAT KALAU BETUL POLIS GANAS MACAM POLIS AMERIKA MEREKA TENTU TAK BERANI POLIS MALAYSIA TERBAIK JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIJADIKAN KELEDAI.

    ReplyDelete
  5. Wajah wajah bangkai babi reput haramjadah...Khaaak tuiii!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger