Thursday, May 23, 2013

PAS TOLAK POLITIK GANAS – ANWAR DAN DAP MARAH



Selepas menyedari kepopularan PAS tidak setanding DAP yang mencatat peningkatan mendadak dalam PRU-13 dan PKR yang masih mengekalkan momentumnya beserta dengan Anwar Ibrahim biarpun pelbagai kes moral berlaku, PAS sebagai rakan Pakatan Pembangkang terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini sudah ‘kehilangan’ taring dan sengat.

Atas sebab itu kepimpinan tertinggi PAS tidak menyokong usaha yang diketuai Anwar Ibrahim dan DAP yang mengadakan demontrasi dan perhimpunan jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 dengan menyalahkan SPR biarpun mereka mengekalkan pemerintahan di 3 buah negeri dan hanya kehilangan 1 negeri.

PAS berpegang kepada prinsip demokrasi dan tidak sekali-kali membabitkan diri untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan dan di luar perundangan semata-mata tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ini dijelaskan Ketua Ulama PAS, Datuk Harun Taib bahasa PAS memilih prinsip demokrasi sekali gus menolak kekerasan untuk mencapai kemenangan termasuk dalam PRU-13 lalu yang menentukan jatuh bangun sesebuah parti.

Segala undang-undang yang berkaitan perlu dipatuhi dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dan huru-hara, bukan pegangan dan pendirian Pas.

Bagi PAS, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, PAS tak suka buat huru-hara.

Seperti Harun Taib, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz juga menolak usaha kumpulan propembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat secara sah dengan demonstrasi di jalanan.

Nik Mohd. Abduh turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh sambil mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Kenyataan ini sangat bertentangan dengan jawapan Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengatakan Pakatan Pembangkang (termasuk PAS) akan mengadakan siri bantahan jalanan bagi menentang keputusan PRU-13.

Dengan jawapan terperinci daripada kepimpinan PAS pastinya akan membuatkan Anwar akan panas telinga dan marah disebabkan tidak bersatu dan berpakat dalam mengadakan perhimpunan jalanan bersama DAP dan PKR.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger