Saturday, May 4, 2013

SETIAUSAHA AGUNG PAS TIDAK MAHU SUMPAH LAKNAT



Tidak mahu sumpah laknat. Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Mustafa Ali setelah menerima nasihat daripada dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dengan kenyataan itu, PAS sebenarnya menghalalkan maksiat mengikut acuan Islam PAS.

Ini disebabkan pendedahan video seks yang membabitkan Mustafa Ali dengan seorang wanita yang dipercayai wanita simpanannya.

Tindakan Mustafa Ali itu sangat menghampakan para penyokong Pas yang hadir dalam satu majlis di dewan futsal bersebelahan Masjid Rusila.

Sebelum ini, Mustafa dikatakan berjanji untuk membuat lafaz sumpah laknat itu bagi membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan VCD seks yang tersebar luas dalam laman-laman blog dan internet.

"Saya telah hubungi Setiausaha Politik kepada Mursyidul Am dan Presiden Pas tentang hasrat itu dan hasil perbincangan akhirnya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi memutuskan saya tidak perlu melakukan sumpah," katanya dalam ceramah tersebut.

Bagi menutup tanda tanya para penyokong Pas berhubung isu itu, Mustafa sebaliknya menyalahkan UMNO yang didakwa bertanggungjawab mengaitkan beliau dengan penyebaran VCD itu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger