Thursday, May 2, 2013

WANG WARNAI KEMPEN POLITIK PEMBANGKANG DI SARAWAK



Di Parlimen Sri Aman, Lubok Antu, Selangau dan Hulu Rajang tentangan sengit BN bukan datangnya dari PKR mahupun DAP sebaliknya dari parti pembangkang tempatan Sarawak, SWP.

Calon SWP telah berjanji akan memberikan wang sebanyak RM500 sebuah keluarga seperti mana jumlah BR1M yang diberikan Kerajaan BN sebelum ini. Lihatlah bagaimana wang menguasai politik pembangkang di Sarawak.

Sebagai permulaan, setiap ketua keluarga hendaklah mendaftar sebagai ahli SWP terlebih dahulu sebelum memperoleh ‘wang’ daripada SWP. Namun, mereka kecewa kerana hanya mendapat RM100 dahulu sebagai permulaan. Manakala, selebihnya akan diberikan jika calon SWP menang dalam PRU-13 di beberapa kawasan Parlimen. 

1 komen:

  1. Permainan politikwang yg diamalkan SWP akan terus mengotori politik di Bahagian Kapit selagi Sng terlibat dlm politik.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger