Wednesday, June 26, 2013

ALTANTUYA DAN ANWAR IBRAHIM TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Biarpun Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah melafazkan sumpah mengikut Islam sebanyak 3 kali dalam menafikan dirinya terbabit secara langsung terhadap pembunuhan Altantuya, tetapi Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim masih menjaja isu ini kepada rakyat Malaysia.

Menurut beberapa bekas rakan Anwar Ibrahim semasa dalam PKR dahulu, tujuan Anwar Ibrahim mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya adalah untuk menjatuhkan karier politik Najib Razak yang kini semakin diterima rakyat seperti yang diperlihatkan dalam PRU-13.

Anwar Ibrahim tahu jika keadaan masih memihak kepada Najib Razak, dirinya sehingga mati pun tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri dan tinggal di Putrajaya.

Bagi bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, mengatakan konspirasi mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

“Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya.


Hakikatnya Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang akan mencuba seberapa banyak usaha demi menjatuhkan Najib Razak dan BN dalam usaha merampas Purtajaya yang dahulunya menjadi bahan sindiran pembangkang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger