Friday, June 7, 2013

ANWAR MAHU BOIKOT SIDANG PARLIMEN 24 JUN INI


Sehingga ke hari ini Anwar bin Ibrahim masih kekal dengan niatnya untuk tidak mengakui kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13. Semua ini gara-gara dirinya GAGAL menakluk Putrajaya dan sekaligus membuatkan dirinya tidak layak duduk di kerusi Perdana Menteri; jawatan yang sangat diidam-idamnya sejak tahun 1997 lagi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan pilihan raya umum yang didakwa wujud unsur penipuan.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU-13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.

Setelah beberapa siri perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU-13 di seluruh negara, Anwar masih lagi dengan keputusannya untuk terus tidak menerima hakikat kemenangan BN dalam PRU-13 sekaligus menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Majlis angkat sumpah Parlimen dijadualkan pada 26 Jun ini di Dewan Rakyat. Dan, Anwar Ibrahim mahu mengarahkan setaip ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang yang menang dalam PRU-13 supaya memboikot majlis angkat sumpah tersebut. Bagaimanapun, ada di kalangan ahli Parlimen Pakatan Pembangkang khususnya dari DAP yang masih berbelah bahagi dengan arahan terbaru Anwar.

"Kita tiada rancangan buat masa ini (untuk boikot Parlimen)," kata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang lapor FMT.

Di kala itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu wakil rakyat Pakatan Pembangkang agar meneruskan protes sehingga mengabaikan sidang Parlimen. Ini sesuatu yang sangat mendukacitakan kerana perbuatan ini secara langsung telah mengabaikan amanah rakyat bagi mewakili mereka dalam membincangkan permasalahan mereka di peringkat Parlimen seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN.

Seperti biasa Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu menegaskan Pakatan Pembangkang akan mempertimbangkan cadangan itu dengan serius memandangkan sebarang tindakan akan memberi kesan besar.


Sementara itu pemimpin PAS tidak mahu memberikan sebarang komen sebaliknya menggesa media merujuk kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ini kerana sebarang komen mahupun kenyataan boleh mmeberi kesan besar kepada hubungan Pakatan Pembangkang yang kini diambang kehancuran.

3 komen:

  1. Bodo punya anwar..kalau kau protes sebab kau tak dapat jadi pm..maknanya kau protes la aku sebagai rakyat Malaysia mengundi BN dalam PRU 13 lepas?

    ReplyDelete
  2. kalau betul sesumpah itu memboikot angkat sumpah kerana tidak setuju dengan keputusan PRU,bukan di Dewan Rakyat jer sepatutnya ahli pembangkang yang bersama anwar tidak angkat sumpah pun,ni mainan anwar yang semakin gila,gilakan jawatan sbb malu seluruh dunia tahu beliau tidak boleh dipercayai

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Islam mengajar umatnya bersatu padu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bukan islam bersatu

    Kalau nak beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

    Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah bulan ini

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger