Monday, June 3, 2013

BEKAS ADUN DAP PERTIKAIKAN HUKUMAN KE ATASNYA DALAM PRU-13


Tindakan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng memecat bekas ADUN teratai, Jenice Lee Ying Ha telah membawa kepada konflik besar dalam DAP. Empunya badan Jenice mahu DAP khususnya Lim Guan Eng mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan di atas kesalahannya melanggar disiplin parti sehingga pemecatan dari ahli parti itu.

Dalam masa yang sama juga Jenice mahu Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Memilih Calon, Tan Kok Wai menjelaskan bukti dan tuduhan parti terhadapnya berhubung kesalahan yang telah dan pernah dilakukan sehingga menyebabkan dirinya tidak dipilih semula sebagai calon DAP dalam PRU-13.

Sehingga ke hari ini DAP masih belum menjelaskan bukti serta tuduhan bahawa dia telah melanggar disiplin parti sehingga memecat keahliannya. Malah, Jenice masih belum menerima surat pemecatannya mahupun surat disiplin sebaliknya hanya mengetahui hukuman yang dikenakan ke atasnya hanya ditunjukkan kepada wartawan sewaktu Kok Wai mengadakan sidang media pada 24 April 2013 di Taman Muda, Ampang.

Disebabkan tidak dicalonkan semula di kawasan DUN Teratai, Jenice telah mengambil keputusan bertanding dalam PRU-13 sebagai calon Bebas.

Jika sebelum ini dakwaan Jenice melanggar disiplin parti sehingga tidak dibenarkan bertanding langsung tidak dijelaskan kepadanya dan mendakwa terdapat sikap pilih kasih dalam perkara tersebut.

“Sekiranya parti mengambil kira tuduhan disiplin terhadap saya, mengapa ahli DAP, Tiew Way Keng tidak dikenakan tindakan sama berhubung isu harga kontrak peguam di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)?

“Mengapa Weng Keng masih boleh dicalonkan untuk bertanding pada PRU13 untuk parti sedangkan beliau telah diaudit MBPJ?

“Jelas dalam perkara ini, parti mengamalkan amalan kroni,” katanya.

Biarpun telah dipecat DAP sebelum ini Jenice mendakwa pemecatanya itu tidak mengikut perlembagaan parti dan bersifat berat sebelah.

Bersandarkan kepada pemecatan Jenice berlaku di atas peruntukan yang diluluskan oleh Jenice di Sungai Pelek pada 2011 namun bukti tuduhan tersebut masih belum dijelaskan sehingga hari ini selepas Jenice dipecat dari ahli DAP.

Jenice berkata, beliau yakin masih ahli DAP seumur hidup dan kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang tidak menyiasat kes ini dengan teliti dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada parti.

Jelasnya, dia telah membawa isu pemecatan keahliannya ke mahkamah dua minggu lalu bertujuan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan bukan untuk menentang DAP.


Selepas ini DAP khususnya Lim Guan Eng dan Pakatan Pembangkang memikirkan kembali strategi menawan semula dan bukannya mengejar glamour. 

1 komen:

  1. baru skg janice ngaku dap parti kroni ahaksss

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger