Saturday, June 22, 2013

BUKTI KEGANASAN AKAN DILAKUKAN PESERTA HIMPUNAN BLACKOUT 505 KE ATAS PASUKAN KESELAMATAN


Dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur ada kebenarannya biarpun cuba dinafikan pemimpin mahupun penyokong Pakatan Pembangkang dalam penganjuran Himpunan Blackout 505 yang dijadualkan diadakan pada hari ini.

Himpunan Blackout 505 tajaan Anwar Ibrahim itu dijangka akan mencetuskan huru-hara seperti yang pernah berlaku dalam Perhimpunan Haram BERSIH sebelum ini.

Untuk mengingatkan kepada peserta-peserta Himpunan Blackout 505, segala macam bentuk provokasi telahpun disebarkan melalui media sosial. Ini bagi memudahkan persiapan lebih awal dilakukan khususnya dalam menyediakan peralatan yang perlu.

Persoalan di sini apakah perbuatan seperti ini yang dituntut oleh agama Islam seperti yang dihalalkan Setiausaha Agung Majlis Syura Ulama PAS, Nik Mohd Zawawi?

Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.

Dalam status akaun Twitter, seorang aktivis pembangkang secara terbuka menyatakan kejayaan perhimpunan tersebut adalah apabila tiga trak polis berjaya diterbalikkan, dua kenderaan water cannon berjaya ditumbangkan dan tiga bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya dipunahkan.

Kemudian, aktivis itu turut memuat naik satu lagi status yang menyebut, jika tidak, himpunan esok adalah gagal.’

Selain itu, turut disebarkan dalam laman Facebook adalah beberapa kaedah berserta lakaran gambar yang perlu dilakukan oleh perusuh sekiranya berhadapan dengan polis.


Apa pula komen Pakatan Pembangkang seperti Rafizi, Tony Pua mahupun Mat Sabu ke atas tindakan penyokong Pakatan Pembangkang dalam meminta peserta Blackout 505 itu melakukan keganasan?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger