Wednesday, June 12, 2013

ER TECK HWA DIPERSALAHKAN HANYA KERANA HADIR KE MAJLIS TAKLIMAT DEWAN RAKYAT


DAP dan Pakatan Pembangkang sudah semakin angkuh dan tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih mereka dalam PRU-13 yang lepas apabila gagal menghantar Ahli Parlimen yang dipilih bagi mendengar taklimat Dewan Rakyat. Daripada 88 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang hanya YB Er Teck Hwa sahaja yang hadir manakala yang lain degil.

Tindakan terbaru Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang ini benar-benar mengejutkan banyak pihak termasuklah rakyat yang memangkah undi kepada mereka dalam PRU-13. Ini secara langsung menidakkan sokongan penyokong mereka yang mengharapkan Ahli Parlimen yang dipilih dapat mewakili suara mereka dalam Sidang Dewan Rakyat.

Bagi YB Er Teck Hwa, satu-satunya wakil pembangkang yang hadir ke majlis taklimat Dewan Rakyat menyifatkan kehadiran beliau ke sesi ini kerana merasakan ia perkara yang penting. Dengan menghadiri majlis taklimat ini, beliau akan mengetahui syarat-syarat yang bakal digunapakai pada sesi persidangan Parlimen kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri.

"Kalau ahli Parlimen PR yang lain tak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya lagi.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen kali ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Apabila ditanya adakah Teck Hwa mengetahui PR telah memboikot sidang taklimat hari ini, beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya.

"Ya, saya tahu, saya hanya datang taklimat, saya dijemput datang, saya datang," katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong turut menyatakan tindakan yang diambil Teck Hwa baik.

"Saya berasa terharu apabila ahli Parlimen Bakri hadir hari ini, walaupun PR kata nak boikot.

"Tapi kita hormati keputusan ahli Parlimen Bakri... kita sepatutnya hadiri peluang ini untuk hadiri kursus orientasi.

"Saya juga diberitahu oleh dia, dia dapat jemputan, jadi dia hadirlah," katanya semasa Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13.


Tindakan YB Er Reck Hwa telah dipersalahkan DAP yang menganggap ia sebagai suatu kesalahan disiplin parti kerana melanggar arahan pemimpin atasan DAP. Oleh itu, seperti mana kebiasaannya, DAP akan mengenakan tindakan disiplin kepada YB Er Reck Hwa yang ingkar kepada arahan memboikot sidang Dewan Rakyat.

1 komen:

  1. Aku pun heran mengapa Wakil Parlimen PAS pun nak ikut boikot? Kata Parti Islam yang kuat memperjuangkan Islam? Inikah cara Orang Islam dan Ugama Islam yang ingkar kepada arahan dan hidup secara bermuapakat sesama sendiri. Memanglah PAS ini Parti Ajaran Sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger