Sunday, June 16, 2013

FITNAH DAN PEMBOHONGAN AMALAN PAKATAN PEMBANGKANG


Sudahlah kalah tapi masih nak buat pembohongan dan lancarkan fitnah bertubi-tubi ke atas Kerajaan BN hanya kerana cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Apabila cita-cita tidak tercapai, disebabkan ketaksuban yang melampau maka mudah untuk menghanyut penyokong-penyokong yang tidak tahu apa-apa ke kancah pergolakan yang tiada arah tuju.

Itulah yang cuba diterangkan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.
  
Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya.
  
"Sampai hari ini belum ada buktipun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.
  
"Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal  ini," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, di sini hari ini.
  
Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana BN kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

  
Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.
  
"Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan.

Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, Kerajaan BN yang secara sah dipilih rakyat kini sedang menumpukan kepada pembangunan ekonomi negara termasuk menjaga kebajikan rakyat.


Atas sebab itu BN tidak menghiraukan perhimpunan haram yang dianjurkan Pakatan Pembangkang di seluruh negara dengan cubaan untuk mengheret orang ramai untuk ikut serta tanpa sebarang tujuan. 

1 komen:

  1. cerita ni bagus untuk sebaran umum. tapi bukan untuk penyokong pr kerana mereka sememangnya telah buta akal untuk mempercayai kebenaran. anar ni membohong sejak sebelum join umno.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger