Tuesday, June 18, 2013

GURU ANTI KERAJAAN: KENYATAAN JAMES MASING BERI GAMBARAN BURUK KEPADA GURU


Apa lagi guru mahu? Kenaikan gaji? Kenaikan pangkat? Struktur semula perwajatan mahupun gaji? Tetapi, kenapa guru masih anti-kerajaan?

Sebelum ini Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing pernah mengeluarkan kenyataan berhubung ada guru di Sarawak masih anti-kerajaan. Dan, kenyataan James Masing itu telah mendapat perhatian tegas daripada Setiausaha Agung Kesatuan Guru Sarawak (STU) Yong Ing Thung sebagai berkata kenyataan Masing itu merupakan gambaran buruk terhadap guru di negeri ini.

Biarpun dikritik keras Setiausaha STU, James Masing berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menegur sikap segelintir guru di negeri ini yang anti-kerajaan.

Yong bertegas bahawa mengatakan guru anti-kerajaan adalah suatu yang amat tidak pernah dijangkakan oleh rata-rata guru yang berkhidmat dengan penuh setia di bawah kerajaan memerintah hari ini.

Namun, bagi Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah itu menegaskan bahawa wujud keadaan guru didapati tidak berpihak kepada kerajaan BN.

“Segelintir guru bukan dari Sarawak mengajar di pedalaman tidak mesra BN atau memihak kepada BN.

“Mereka tidak perlu berkongsi pandangan-pandangan politik dengan kita (BN) tetapi jangan diluahkan secara terbuka.

“Jika apa yang dikatakan Yong benar, maka kerajaan (seharusnya) tidak berdepan masalah untuk melaksanakan program-program pembangunannya. Saya sedia ditegur jika saya salah,” ujar Masing.

Pada Jumaat lepas, James Masing menegur segelintir penjawat awam terutama guru yang bersikap antikerajaan dan seolah-olah mereka tahu segalanya dengan hanya melihat fail serta dokumen tertentu dan memberitahu orang ramai mereka tahu semua perkara.

Bagaimanapun, Yong tidak menafikan terdapat beberapa guru terlibat dengan beberapa parti politik.

Isu guru berpolitik dan memihak kepada pembangkang bukan perkara baru bahkan sudah menjadi asam garam di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar. Guru-guru dari Semenanjung misalnya yang datang dari Kelantan, Terengganu, Kedah mahupun Perlis kebanyakannya mendukung aspirasi pembangkang dan membawanya di sekolah-sekolah di Sarawak.

Manakala, di kawasan bandar guru-guru Cina yang mengajar di SJK (C) dan Sekolah Kebangsaan yang berfahaman pembangkang tidak segan silu mengajar dan membawa fahaman pembangkang. Malah, ada di kalangan guru-guru Cina ini yang masih meletakkan sticker kereta parti pembangkang seperti DAP di kereta-kereta.


Seperti kata-kata Yong, semuanya atas nama sistem demokratik yang diamalkan di Malaysia.

1 komen:

  1. yes....mmg btol apa yg dikatakan oleh s/u agung stu..
    xleh dinafikan.bkn hanya berlaku di pedalaman je malah di luar bandar pun sama...
    tp siapa yg membayar gaji mrk..adakah pr atau kerajaan skrg...mrk beruntung sbb elaun perumahan jauh lbh besar dr guru2 sarawak iaitu around RM500.00.tp klu klgan guru dr sarawak brtugas kt semenanjung ianya biasa je sama sprti elaun kt sini.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger