Monday, June 3, 2013

KENYATAAN MENTERI LUAR AUSTRALIA PANASKAN TELINGA ANWAR IBRAHIM


Selepas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengesahkan ketelusan perjalanan PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei lepas, kini Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr menyifatkan PRU-13 Malaysia  mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen "Sky" mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

''Saya menelefon rakan sejawat Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,'' katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU-13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

''Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan suruhan jaya pilihan raya untuk Malaysia.

''Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak... kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,'' katanya.

Carr berkata, ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

''Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,'' katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu.

Sumber: BERNAMA


Biarpun sebelum ini Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang sibuk mengadakan perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU-13, kenyataan dua pemimpin luar ini membayangkan pengiktirafan mereka ke atas usaha SPR dalam menjadikan perjalanan pilihan raya di Malaysia yang terbaik pernah diadakan di dunia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger