Sunday, June 9, 2013

LAGI TINDAKAN PAKATAN PEMBANGKANG MENGUJI KESABARAN POLIS


Akibat ketegasan Menteri Dalam Negeri dan polis dalam membasmi perhimpunan haram, Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba untuk menguji kesabaran polis apabila cubaan mengadakan Perhimpunan Blackout 505 yang dijadualkan berlangsung malam esok (Isnin) di tanah lapang Kampung Bakau.

Akibat tidak memenuhi pelbagai prosedur dan penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya maka polis secara rasmi tidak dapat meluluskan perhimpunan haram itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan.

Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.

Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.

Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.

Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang.


Dengan penangkapan dan soal siasat beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram para penyokong Pakatan Pembangkang masih lagi tidak serik-serik. Bahkan tindakan mereka ini cuba menguji kesabaran polis yang sememangnya cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sejajar dengan ketegasan Menteri Dalam Negeri yang baharu.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger