Saturday, June 8, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG MASIH MEMBISU DALAM MENYALURKAN DANA POLITIK KE AKAUN PARTI


Sehingga kini Pakatan Pembangkang masih gagal dan membisu dalam bersetuju untuk mengikut langkah BN dalam menyalurkan sumbangan dana politik ke akaun rasmi parti berbanding akaun individu.

Persetujuan ini penting bagi membanteras sebarang salah laku dan penyelewengan sekiranya dana tersebut disalurkan terus ke akaun individu tanpa diaudit dan direkodkan.

Jika dana ini masuk ke akaun individu maka pelbagai macam perkara dan kerumitan akan timbul khususnya melibatkan nama individu berkenaan. Oleh itu, adalah lebih baik ianya disalurkan ke akaun parti yang semestinya mempunyai 2 atau lebih orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan dana berkenaan.

Ini adalah bersesuaian dengan transformasi yang diwujudkan kerajaan dalam membasmi rasuah.

Kerajaan telah menjemput pembangkang untuk turut serta menjayakan inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 itu, namun sehingga sekarang masih belum mendapat jawapan.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, kita sekarang sedang berbincang dan meyakinkan mereka untuk bersetuju terhadap inisiatif ini supaya setiap dana politik yang disalurkan dapat diaudit dan direkodkan.

"Langkah ini sama seperti dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Perancis yang menetapkan peraturan setiap sumbangan politik disalurkan terus ke akaun parti," katanya selepas merasmikan Konvensyen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu mengumumkan sebarang pembiayaan politik di peringkat Pusat mahu pun negeri perlu disalurkan terus ke akaun parti bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik.

Menurut Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menandatangani ikrar tersebut bagi pihak BN.

Katanya, inisiatif tersebut yang telah dimulakan sejak GTP 1.0 merupakan salah satu daripada tiga inisiatif di bawah GTP 2.0 untuk memperhebatkan pembanterasan terhadap rasuah.

Katanya, dua lagi inisiatif iaitu pemberian rasuah dan perolehan rasuah akan turut digerakkan bersama bagi membanteras rasuah di semua peringkat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger