Thursday, June 20, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG SABAH TIADA SEPAKAT LANTIK KETUA PEMBANGKANG


Akhirnya ADUN Klias, Lajim Ukin yang juga dikenali sebagai ‘pengkhianat’ secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang Sabah dalam DUN Sabah.

Mengulas perlantikan Lajim Ukin itu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said menegaskan pihaknya tiada halangan terhadap pemilihan Lajim yang dibuat berdasarkan amalan konvensional.

"Pada ketika ini, dewan menyerahkan kepada mereka (pembangkang) kerana dewan tidak ada hak melantik dan bukan tanggungjawab kita untuk menentukan siapa ketua pembangkang.

Pakatan Pembangkang Sabah sebelum ini masih berkira-kira melantik calon yang sesuai untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang. Dan, kini akhirnya kemelut itu telah berakhir biarpun ada di kalangan ADUN PKR, DAP mahupun pembangkang tempatan STAR yang terpaksa gigit jari.

"Kita mengambil kira sokongan majoriti pembangkang...kita take note tetapi bukan tanggungjawab kita menentukan pelantikan ketua pembangkang di DUN,” tegas Datuk Seri Salleh.

Salleh berkata pihak dewan telah menerima surat dari Lajim berhubung cadangan menjadi ketua pembangkang pada 11 Jun lepas.
  

Surat itu turut ditandatangani lima Adun termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Parti Reformasi Sabah (Star) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan beserta surat dari ibu pejabat PKR yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger