Sunday, June 2, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG TETAP ENGGAN TERIMA KEKALAHAN PRU-13


Hampir sebulan PRU-13 berlalu namun kepimpinan Pakatan Pembangkang tetap enggan menerima kekalahan mereka kepada BN. Semuanya disebabkan kegagalan ketelusan SPR dan dakwaan beberapa pendatang asing yang diupah BN untuk mengundi pada PRU-13 itu biarpun tiada bukti kukuh.

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersimpati ke atas Pakatan Pembangkang, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyeru dan mengajak rakyat untuk turut sama menyertai perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kononnya itu suara rakyat.

Namun, tidak semua kepimpinan Pakatan Pembangkang yang bersetuju dan bersama dengan Anwar Ibrahim. Ini kerana mereka percaya tujuan Anwar Ibrahim berbuat demikian kerana cita-citanya untuk menakluk Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri gagal.

Bagi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz kekalahan dalam PRU-13 diterima dengan hati terbuka dan menyifatkannya sebagai takdir Allah. Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan BN kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS.

Rakyat Malaysia telah memilih BN sebagai pemerintah dan Pakatan Pembangkang wajar menerima kekalahan ini dengan seadanya tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa. Hakikatnya kekalahan Pakatan Pembangkang disebabkan keyakinan melampau mereka akan kemenangan yang akan dicapai.

Selain Nik Abduh, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Sebagai seorang Islam, setiap penganutnya wajar menerima kekalahan ini dengan penuh qada dan qadar.

Tidak perlu untuk menyalahkan SPR kerana kekalahan teruk Pakatan Pembangkang terutama PKR di Sarawak dan Sabah adalah berpunca daripada kelemahan jentera Anwar.

Dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula Penasihat PKR itu.

Ya, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi, saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS.

Justeru, PAS meminta pemimpin PKR dan DAP termasuk Anwar Ibrahim supaya belajar menerima kekalahan dan bukannya mencari kesalahan orang lain. Lihat dan ukur baju di badan sendiri sebelum pergi mengukur baju di badan orang lain. 

3 komen:

  1. baru nampak bangkai yg korang sanjung2 sebelum ini. resmi bangkai, lambat laun akan berulat juga...

    ReplyDelete
  2. Dlm mengatakn kite perlu terima takdir, ada juga unsur fitnah dlm tu. Dia kata BN tipu, utk menang, yg sye persoalkn, adakah bukti yg sahih, atau sekadar salah faham, atau sangkaan. Kalau benar2 sahih dan disahkn betul2, baru le ckp. Ni ckp dulu, berprasangka dulu, seolah2 kemenangan BN ni tak sah. Dlm2 terima takdir, ade juga rungutan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger