Sunday, June 23, 2013

PENGANJUR HIMPUNAN BLACK 505 ‘HATI ANGKUH’


Apakah tujuan sebenar Black 505 yang telah diadakan Pakatan Haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang semalam? Selain daripada berhimpun secara haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, peserta Himpunan Black 505 itu juga telah berkhemah. Tindakan itu salah mengikut peraturan DBKL.

Selepas Himpunan Black 505, muncul beberapa ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen dan ini menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Haram.
 
Walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil.
  
Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini.
  
Seolah-olah mereka tidak berpuashati perhimpunan berlangsung aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti peserta tercedera.
  
Sikap polis yang amat berhemah mengendalikan demonstrasi menyumbang kepada amannya perhimpunan, walaupun peserta bersikap provokatif.

Krisis awal ke arah konfrontasi mula kelihatan apabila dua anggota penguatkuasa DBKL dikasari oleh peserta perhimpunan termasuk anggota SAMM yang terdiri daripada 500 orang dengan mengemuruni dua petugas DBKL itu.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada SAMM cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
   
Disebabkan cuba menghalang kumpulan itu, dua petugas DBKL itu dipukul dan mereka diselamatkan polis serta pegawai DBKL dengan melarikan mereka daripada kepungan perserta perhimpunan dan membawa mereka masuk ke dalam van DBKL yang berada di tempat kejadian.
        
Kebanyakan peserta perhimpunan bukanlah mewakili suara umum sebaliknya mereka adalah anggota daripada beberapa pertubuhan antaranya SAMM dan Asalkan Bukan Umno (ABU) serta anggota parti politik daripada PAS, DAP dan PKR.
   
Penganjuran perhimpunan itu juga adalah satu kejanggalan apabila anggota parlimen daripada pembangkang akan turut mengangkat sumpah pada Isnin ini yang memberikan gambaran mereka seolah-olah menerima kemenangan mereka pada PRU-13, tetapi mengadakan demonstrasi membantah kemenangan BN.
   
PRU-13 menyaksikan pembangkang gagal menerajui negara apabila hanya peroleh 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
  

Malah pembangkang juga terlepas Kedah, negeri yang diterajuinya pada 2008 tetapi mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 

3 komen:

  1. kesiannn...sanggup membodohkan diri berkhemah di panas terik yg berjerebu....sedangkan Anuar dan Pemimpin PR especially DAPigs dan Cina ultra kiasu selesa di rumah berhawa dingin....kesiannn !!!! apa yg korang dapat??? ingat dengan cara mcm tu kerajaan akan tumbang???

    ReplyDelete
  2. Pasai dok lembut tu yang depa dok naik lemak..cuba pi katok buang sedas kepala depa bagi depa dok ingat sikit,Malaysia ni ada Rukun Negara..jangan jadi nangoi sangat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum admin dan semua pembaca,

    Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Kerjasama anda membantu Produk Muslim sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger