Monday, June 10, 2013

PERHIMPUNAN BLACK 505: PAKATAN PEMBANGKANG MASIH TIDAK SERIK


DBKL hari ini menolak permohonan penganjur Black 505 yang bercadang mengadakan perhimpunan buang masa di Padang Merbok pada 22 Jun (Sabtu) ini. Jika polis membenarkan perhimpunan itu, tetapi bagi pihak DBKL tidak sesekali membenarkannya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menjelaskan DBKL bertegas kepada pendiriannya bahawa TIDAK akan membenarkan perhimpunan itu.

Alasannya Padang Merbokterletak begitu dekat pusat bandar dan terdedah kepada masalah kesesakan lalu lintas memandangkan terdapat jalan-jalan utama untuk pengguna keluar masuk ke pusat bandar raya.

"Jalan-jalan itu adalah seperti Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Parlimen sendiri adalah jalan protokol dan popular untuk aktiviti berbasikal dan program riadah lain.
   
"DBKL menitikberatkan soal pengawasan dan pengawalan lalu lintas yang sempurna dan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok pastinya menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Sebab lain penolakan Padang Merbok ialah DBKL perlu memastikan kesempurnaan landskap di Padang Merbok dan sekitarnya terus kekal di tahap tertinggi.

Tetapi, jika penganjur bercadang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup, DBKL tiada keberatan untuk membenarkannya.


Antara tempat tertutup yang dicadangkan DBKL dalam penganjuran itu ialah Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger