Saturday, June 22, 2013

PUKUL ANGGOTA DBKL: PESERTA BLACKOUT 505 MENJADI BLACK 505


Tiada pergaduhan mahupun mencetuskan tindakan melampau. Itu janji penganjur dalam perjumpaan dengan polis dan DBKL berhubung Himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur siang tadi.

Bagaimanapun himpunan yang tidak menjanjikan apa-apa insiden itu ternyata meleset apabila peserta Black 505 telah menyerang anggota DBKL yang ketika itu sedang bertugas dalam mengawal keadaan.


Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, kecuali segelintir peserta yang cuba merusuh bagi menghalang anggota penguatkuasa DBKL daripada merobohkan beberapa khemah yang didirikan di tengah-tengah Padang Merbok.

Khemah tersebut terpaksa dirobohkan DBKL apabila ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang peserta mendirikan khemah di tempat awam.

Ketika cuba menghalang dua anggota DBKL yang bertindak merobohkan khemah mereka, beberapa peserta mula bertindak ganas dengan melakukan kekasaran terhadap pegawai penguatkuasa berkenaan.

Bagaimanapun polis cepat bertindak bagi mengelak kejadian tidak diingini dengan mengiringi pegawai DBKL tersebut keluar dari kawasan padang.

Perhimpunan tersebut bersurai kira-kira jam 5.45 petang dan kini ada sekitar 30 khemah yang dipacak di tengah padang dengan kira-kira 100 orang masih berkeliaran di kawasan tersebut.

Mereka dikatakan mahu bermalam sehingga sidang pertama Dewan Rakyat 24 Jun ini.

Sebelum itu, pemimpin PAS Mazlan Aliman dalam ucapannya menyeru peserta supaya tidak balik sebaliknya berkhemah di situ sehingga hari angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin ini.


Himpunan Black 505 itu disifatkan polis sebagai haram dan melanggar undang-undang. Namun, seperti biasa penganjurnya yang juga pemimpin Pakatan Haram tidak mengendahkan semuanya itu sebaliknya menunding jari terhadap polis dan kerajaan yang disifatkan sebagai menipu dalam PRU-13.


Biarpun PRU-13 sudah lama berlalu tetapi disebabkan tidak mendapat mandat daripada rakyat untuk ke Putrajaya maka jalan terbaik untuk mendapatkan simpati rakyat adalah dengan mengadakan beberapa siri himpunan haram. Dengan harapan rakyat akan berada di belakang Pakatan Haram.

Menurut beberapa blogger yang berada di kawasan Padang Merbok tempat berlangsungnya Himpunan Black 505 itu mendapati hanya didatangi lebih kurang 10 ribu sahaja berbanding sasaran seramai 300 ribu. Jumlah yang menurun ini disebabkan ramai di kalangan rakyat sudah meluat dengan himpunan itu yang secara terang menafikan hak rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan memerintah.

Biarpun dihadiri ramai pemimpin Pakatan Haram termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan tidak ketinggalan Pengerusi BERSIH S. Ambiga, sambutan yang diterima sangat tidak menggalakkan. Atas sebab itu, tiada sebab muka Anwar Ibrahim kelihatan kurang gembira dengan sambutan yang diterima.

Antara pemimpin Pakatan Haram lain yang hadir ialah Presiden PKR, Wan Azizah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
                 
Lebih tidak masuk akal, Anwar sanggup menutup kemaluannya apabila memberitahu kegagalan rakyat memenuhi ruang Padang Merbok ini disebabkan jerebu.

Seperti tiada kesudahan, perhimpunan sebelum ini pembangkang mendesak supaya Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan kerana mendakwa gagal menguruskan proses pilihan raya umum lalu dengan adil, khususnya penggunaan dakwat kekal.


Apakah Pakatan Haram juga menafikan kemenangan mereka di 3 negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU-13?

2 komen:

  1. Ya...sepatotnya perhimpunan ini di panggil BEROKOUT 505....prangai pon dah mcm berok...

    ReplyDelete
  2. Muka2 melayu bodoh aje yang hadir. Cina2 rasis semua duduk rumah jaga kesihatan dari jerebu. Mmg bahlol tahap taik ayam. Bilalah melayu2 ni nak sedar diri...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger